Pepatah

Kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet ikan janganlah kamu menjadi langau yang merosakan ikan

Search This Blog

Followers

Thursday, December 11, 2008

Ketua UMNO Bahagian Larut

Sebenarnya saya sendiri dah pening. Tak faham kekalutan di Bahagian Larut. Saya menjadi ralat terhadap undi saya semasa pilihanraya. Timbalan Menteri Perumahan satu jawatan yang tak kurang besarnya, ditambah pula dengan beliau ahli parlimen Larut dah tu beliau ahli majlis tertinggi. Tiga jawatan yang cukup power. Kalau kita tengok Naib presiden Mohamad Mohd Taib senator, Menteri tak kalut pun nak jadi ketua bahagian. Tapi timbalan menteri ni kalut nak rentap sama ketua bahagian, Janji dulu tak mahu kacau bahagian Larut.
Apa yang saya nampak sekarang beliau sengaja mencari musuh dengan tiga orang YB DUN , ketiga-tiga nampak macam bersatu tidak membenar Dato Hamzah bertanding di Bahagian Larut dalam masa terdekat. Kalaulah Majlis tertinggi membenarkan juga Dato Hamzah bertanding yang nyatanya ketiga-tiga YB DUN adalan musuh utama Dato Hamzah, Macam mana Dato nak membangunkan Larut sebab tidak ada kerja sama dari ketiga-tiganya. Ingat Dato pilihanraya lambat lagi. Kami ahli UMNO Larut yang dapat malang kerana pertandingan ini. Jangan ikut kata-kata nyamok keliling telinga Dato, kerana nyamok-nyamok tu semua dah hurung Ketua Bahagian Lama yang ada. Tak heranlah nyamok tu bakal bawa penyakit kepada Dato. Kerja dulu Dato bukan gila jawatan ja. Saya percaya dengan tiket yang Dato ada diatas boleh ronda dengan kerja sama yang hebat dari YB dun, Kalau kerja Dato baik sure ketiga-tiga YB mengelak kalau next term Dato bertanding. Biak pi depa berentap Dato ambil bendahari @ ketua penerangan tentu boleh ronda Larut tunjuk skil Ipoh Barat yang hebat yang telah Dato tinggalkan. Saya heran Dato nak rebut apa sedangkan Dato nama besar di KL. dah tentu ada undi Dato sendiri dan Ipoh Barat (13 undi ) Larut (13 Undi ) menjadi 27 , Tak payah kejar undi mudah cari 150 lagi dah tentu Dato menang MT kalau Dato berbaik-baik. Tapi kalau dah jadi musuh dengan YB jawatankuasa bahagian yang sokong Dato pun cuma tiga orang macam mana nak kerja UMNO nanti.
Saya heran lagi Dato kata dalam TV 74 cawangan sokong Dato, tapi Dato tau tak 26 orang AJK bahagian yang tak sokong Dato termasuklah Dato Raja, Jumlah ini semuanya menjadi 100 cawangan. Mana ada bahagian Larut 100 cawangan tak sampai Dato. Nyamok-nyamok yang temberang Dato tu semua nak cari untung ja depa bukan tau kenyataan yang depa bagi tu tak betul yang penting boleh hisap darah dahla. Muhasabahlah diri Dato, bersyukurlah dengan apa yang ada mungkin Dato masih belum terlambat. Cuba lah yang terbaik agar UMNO masih terus berkuasa di Larut untuk pilihanraya akan datang. Mungkin Tsunami PRU 12 tak kuat untuk UMNO Larut tumbang tapi kalau dah tak ada kerja sama dengan YB DUN dan AJK bahagian tak Tsunami pun boleh tumbang....