Pepatah

Kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet ikan janganlah kamu menjadi langau yang merosakan ikan

Search This Blog

Followers

Sunday, October 11, 2009

port dickson masih hak kita

Alhamdullilah dan bersyukur diatas kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil Dewan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Tahniah kepada Calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang memperolehi majoriti 5, 435. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mendapat 8,013 undi manakala lawannya daripada Pas memperolehi 2,578 undi.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas kemenangan ini, selain Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hassan dan seluruh jentera BN yang terlibat dan bekerja keras bagi mempastikan kemenangan ini.

Kemenangan di Bagan Pinang amatlah dinanti-nantikan kerana selepas sembilan Prk yang diadakan BN cuma menang di DUN Batang Air, Sarawak.

Kemenangan ini juga jelas bahawa rakyat masih meletakan kepercayaan kepada BN dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Begitupun, kemenangan ini hanyalah permulaan, kerana perjalanan BN masih lagi jauh yang harus melalui onak dan duri bagi menempatkan semula di hati rakyat.

Namun, selepas berlaku peralihan kuasa dan kepimpinan BN kepada Datuk Seri Najib, rakyat telah mula kembali dengan keyakinan bahawa Parti yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu masih lagi mampu membela nasib rakyat.

Barangkali apa yang berlaku di Perak, selepas Pakatan Pembangkan gagal mempertahankan Kerajaan dan kemelut mereka yang berpanjangan di Selangor dan Pulau Pinang telah mula mengubah fikiran rakyat untuk kembali semula kepada BN.

Krisis kepimpinan dalam MCA juga tidak mempengaruhi pendirian Masyarakat Cina. Malah, Saya sendiri melihat di hadapan mata saya, di satu perhimpunan yang dianjurkan oleh MCA di Teluk Kemang, sambutan kaum Cina amatlah menggalakan ketika menyambut kehadiran Tan Sri Isa.

Pemilihan Tan Sri Isa juga menjadi faktor kemenangan BN kerana bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu bukan sahaja disenanggi oleh Masyarakat tempatan, bahkan juga rekod cemerlangnya sebelum ini.

Pendek kata pemilihan Tan Sri Isa yang saya kenali ketika sama-sama dalam Pergerakan Pemuda UMNO dan di Parlimen, amatlah tepat sekali.

Kemamtapan Jentera BN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin juga menjadi faktor utama, selain kewujudkan semangat perpaduan dalam UMNO dan BN itu sendiri.

Kempen yang disusun juga menepati sasaran dan lebih manis lagi ialah kemenangan BN di semua peti undi dan sesuatu yang sukar dicapai dalam sesuatu pilihanraya.

Apapun BN telah menang. Hanya dengan lafaz rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Kepada Pengundi di Bagan Pinang, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah membuat pemilihan yang tepat.

Saya juga harap Pihak Pembangkang menerima kekalahan ini secara gentleman, sebagaimana BN menerima kekalahan di Prk yang lain. Barangkali kemenangan BN ini ada hikmahnya untuk membuat hari Pembangkang khususnya Pas untuk melihat semula pentingnya Perpaduan.

Saya yakin dan percaya BN tidak akan mempersia-siakan segala harapan dan amanat yang telah diberikan oleh Pengundi di Bagan Pinang.