Pepatah

Kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet ikan janganlah kamu menjadi langau yang merosakan ikan

Search This Blog

Followers

Thursday, December 11, 2008

Ketua UMNO Bahagian Larut

Sebenarnya saya sendiri dah pening. Tak faham kekalutan di Bahagian Larut. Saya menjadi ralat terhadap undi saya semasa pilihanraya. Timbalan Menteri Perumahan satu jawatan yang tak kurang besarnya, ditambah pula dengan beliau ahli parlimen Larut dah tu beliau ahli majlis tertinggi. Tiga jawatan yang cukup power. Kalau kita tengok Naib presiden Mohamad Mohd Taib senator, Menteri tak kalut pun nak jadi ketua bahagian. Tapi timbalan menteri ni kalut nak rentap sama ketua bahagian, Janji dulu tak mahu kacau bahagian Larut.
Apa yang saya nampak sekarang beliau sengaja mencari musuh dengan tiga orang YB DUN , ketiga-tiga nampak macam bersatu tidak membenar Dato Hamzah bertanding di Bahagian Larut dalam masa terdekat. Kalaulah Majlis tertinggi membenarkan juga Dato Hamzah bertanding yang nyatanya ketiga-tiga YB DUN adalan musuh utama Dato Hamzah, Macam mana Dato nak membangunkan Larut sebab tidak ada kerja sama dari ketiga-tiganya. Ingat Dato pilihanraya lambat lagi. Kami ahli UMNO Larut yang dapat malang kerana pertandingan ini. Jangan ikut kata-kata nyamok keliling telinga Dato, kerana nyamok-nyamok tu semua dah hurung Ketua Bahagian Lama yang ada. Tak heranlah nyamok tu bakal bawa penyakit kepada Dato. Kerja dulu Dato bukan gila jawatan ja. Saya percaya dengan tiket yang Dato ada diatas boleh ronda dengan kerja sama yang hebat dari YB dun, Kalau kerja Dato baik sure ketiga-tiga YB mengelak kalau next term Dato bertanding. Biak pi depa berentap Dato ambil bendahari @ ketua penerangan tentu boleh ronda Larut tunjuk skil Ipoh Barat yang hebat yang telah Dato tinggalkan. Saya heran Dato nak rebut apa sedangkan Dato nama besar di KL. dah tentu ada undi Dato sendiri dan Ipoh Barat (13 undi ) Larut (13 Undi ) menjadi 27 , Tak payah kejar undi mudah cari 150 lagi dah tentu Dato menang MT kalau Dato berbaik-baik. Tapi kalau dah jadi musuh dengan YB jawatankuasa bahagian yang sokong Dato pun cuma tiga orang macam mana nak kerja UMNO nanti.
Saya heran lagi Dato kata dalam TV 74 cawangan sokong Dato, tapi Dato tau tak 26 orang AJK bahagian yang tak sokong Dato termasuklah Dato Raja, Jumlah ini semuanya menjadi 100 cawangan. Mana ada bahagian Larut 100 cawangan tak sampai Dato. Nyamok-nyamok yang temberang Dato tu semua nak cari untung ja depa bukan tau kenyataan yang depa bagi tu tak betul yang penting boleh hisap darah dahla. Muhasabahlah diri Dato, bersyukurlah dengan apa yang ada mungkin Dato masih belum terlambat. Cuba lah yang terbaik agar UMNO masih terus berkuasa di Larut untuk pilihanraya akan datang. Mungkin Tsunami PRU 12 tak kuat untuk UMNO Larut tumbang tapi kalau dah tak ada kerja sama dengan YB DUN dan AJK bahagian tak Tsunami pun boleh tumbang....

Saturday, October 25, 2008

Ahli UMNO Cawangan Kubu Gajah & AJK

Semua ahli UMNO Kubu Gajah ramai , dekat 600 orang, tapi yang beryuran tahun lepas 2007 hanyalah 333 itu menjadikan perwakilan cawangan seramai 5+1 ketua Cawangan menjadi 6 orang. Bilangan ahli yang 333 itu pun belum tentu kerana masa election hari tu banyak yang goyang, ada yang tampal stiker, bawa bendera atau hadir ceramah pembangkang secara bersungguh-sungguh. Tetapi biarlah dulu mungkin mereka hanya marahkan ketua cawangan yang lama . Nanti tahun depan kita boleh tengok adakah mereka minat lagi dengan UMNO atau memang sudah benci. Tetapi kehadiran pada dua program yang lepas memang memberansangkan. Jadi bolehlah dianggap mereka itu marahkan pemimpin cawangan bukan YB atau kerajaan Malaysia.
Ajk yang telah dipilih dalam mesyuarat cawangan yang lepas pun kadang-kadang ok kadang-kadang membimbangkan ada mesyuarat yang mereka hadir ada yang mereka tidak hadir tapi kehadiran ini bolehlah dianggap mereka sibok dengan lain-lain hal. Kita percaya mereka akan beri komitmen selepas ini.
Dibawah ini senarai AJK UMNO Cawangan Kubu Gajah;

Pengerusi Tetap : En. Amir Hamzah bin Musa
T. Pengerusi Tetap En. Razali bin Wakidin

Ketua Cawangan : En. Abu Samah bin Aliddin.
T. Ketua : Tn Hj. Saat bin Mat Radzi
S. Usaha 1 : En. Azmi bin Asmuni.
2 : En. Mohd Azlan bin Mat Arop
K. Penerangan : En. Jamaluddin bin Darus
Bendahari : Tn Hj Hithir
Ajk : En. Norazmi bin Sabran
: En. Khairul Nizam bin Samsudin
; En. Mohamad bin Said
: En Hamzah bin Yahaya
; En Mohd Kasa bin Dun
: En. Mat Abu bin Mat Hashim
: Cik Zainab bt. Hj Mohd
: Pn. Siti Hajar bt Abd Rahman.
: En. Yazid bin Abas
: En. Razali bin Wakidin
: En. Amir Hamzah bin Musa.
: En. Baharuddin Johari bin Dana.
: En. Lokman Hakim bin Hasnan.
: En. Mohd. Pozed bin Ramli.
: En Azman bin Mahmood
: En. Alias bin Hj . Hashim

Inilah jawatan kuasa yang memastikan UMNO cawangan Kubu Gajah kuat dan bersatu padu

Thursday, October 9, 2008

Jamuan Hari raya DUN Kubu Gajah

Assalamualaikum, Alhamdulillah setelah sebulah berpuasa kita kini dapat merasa jamuan yang berterusan mungkin hingga habis syawal ini. Tidak kira siapa penganjurnya Mulanya apa yang kita lihat dari MP kita iaitu Dato Hamzah Zainuddin merangkap timbalan menteri perumahan kemudian dari FELCRA , dari pemuda UMNO Larut pun ada jamuan kini orang Dun Kubu Gajah boleh bersama lagi dalam jamuan hari raya bersama Dato Raja Ahmad Zainuddin YB DUN Kubu Gajah.
Begitulah kalau kita masih ada kuasa walaupun di parlimen Larut dan ketiga-tiga Dun. Apa boleh buat negeri kita dah jatuh tangan orang, Siapa salah siapa betul tak guna dah cakap yang penting sekarang kita kena usaha untuk menarik semula penduduk serta pengundi untuk mencintai UMNO dan Barisan Nasional. Pastikan semua aktiviti bermenafaat untuk pihak yang yang ramai. Hapuskan agenda kepentingan peribadi. Bertanding tak salah jangan buka pekong kawan-kawan sudahlah. Isl;am dah bagi tahu kalau londeh atau fitnah semua tu dosa besar jangan buat.
Ini yang nak nampak jamuan raya lagi ialah pemilihan di bahagian biarlah carik-carik bulu ayam . Lepas tu cantum balik jangan gaduh lama-lama nanti kawasan diambil orang, Macam tu juga dengan MT yang nampak dah nak perang RAYA menjelang menjelang sabtu . Mai-mai woi sapa nak cari pencalonan.
Jawatan banyak nak open , sapa boleh bertanding, Tanding yang bersih bukan rasuah, Upah orang buat kerja tak apa, Untuk kempen , Jangan pula teruskan bidaah melayu yang terok iaitu pergi jumpa bomoh. Nanti bomoh Melayu, Bomoh Cina , Bomoh India dan Siam kaya raya yang kita agenda bangsa tak ada. Rugi janganlah macam tu. Pak Lah dah comfirm tak bertanding siapa yang bertanding boleh tawar diri bukan kerja gila tapi itulah yang baik. Biarkan rakyat yang memilih sesiapa yang hendak dijadikan ketua mereka.
Selamat Bersidang semua perwakilan Bahagian Undin anda penting untuk memilih orang-orang yang bakal menjadi PM nanti jangan beri undi kerana duit, Terima duit tak apa tapi fikir guna pertimbangan yang waras apa pentingnya kita sokong seseorang itu untuk menjadi Ketua Bahagian atau lain-lain tambahan pula G7 yang selalunya timbul setahun sekali atau tiga tahun sekali untuk pergi jumpa pak menteri.

Sunday, September 28, 2008

Sumbangan Fakir Miskin, Bantauan Lain-lain

12/9/08 saya telah menghadiri penerimaan bantuan untuk cawangan, fakir miskin dan anak yatim oleh YB ahli parlimen Larut merangkap timbalan menteri Perumahan Dato Hamzah Zainuddin di Bangunan UMNO Batu Kurau
Pulang dari Batu kurau saya terus berjumpa dengan SU saya Sdr Azmi Asmuni , Katanya kita buat mesyuarat dulu , So Terpaksalah saya ajak kawan mesyuarat malam sebab siang tak upaya lah saya puasa.

Kami dapat keputusan untuk buat majlis penyerahan pada 23 /9/08 disamping itu majlis berbuka puasa di Surau Kubu Gajah . Biasa Cik gu Hithir jadi tukang masak. Sebenarnya setelah dikira anak yatim kubu gajah seramai 25 orang, Orang miskin dan ibu tunggal lebih dari 100 orang . Sedang duit yang Dato beri ada lah 1000. So saya Hello lah kawan-kawan yang patut Hj Pandi, Cikgu Azhar, Cikgu Osman, Azmi Sabran , Amir , En. Azman Mahmood dan Hajjah Rofiah Kolek-kolek semuanya adala lebih kurang 2000 lebih apalagi kita jemput semua orang kampung mai kat majlis tu jadfilah kasi sorang antara RM 20 -RM 30 Alhamdulillah semua nampaknya seronmok kerana dapat rasa duit UMNO.

I Rasa, I dah tak tahan la ngantok nanti bila I senang Isambung lagi.

Wednesday, September 10, 2008

Selamat Kembali Tun M

Pada ketika ini di khabarkan Tun M akan kembali ke UMNO. Beliau adalah seorang pemimpin yang kita kagumi akan ketokohan yang memimpin UMNO dn Barisan Nasional hingga ke puncak dimana Malaysia di kenali di seluruh dunia...

Saturday, August 30, 2008

Ketua Cawangan Umno Kubu Gajah

Alhamdullilah dengan segala sokongan yang di berikan kawan2, saya telah terpilih untuk memegang jawatan Ketua Umno Cawangan Kubu Gajah. Segala yang di janjikan akan saya usahakan untuk kesejahteraan seluruh penduduk Kuba Gajah tanpa mengira fahaman politik. Ini adalah perlu kerana mengembalikan kepercayaan seluruh penduduk kembali kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Doakan akan kejayaan saya.....