Pepatah

Kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet ikan janganlah kamu menjadi langau yang merosakan ikan

Search This Blog

Followers

Thursday, October 9, 2008

Jamuan Hari raya DUN Kubu Gajah

Assalamualaikum, Alhamdulillah setelah sebulah berpuasa kita kini dapat merasa jamuan yang berterusan mungkin hingga habis syawal ini. Tidak kira siapa penganjurnya Mulanya apa yang kita lihat dari MP kita iaitu Dato Hamzah Zainuddin merangkap timbalan menteri perumahan kemudian dari FELCRA , dari pemuda UMNO Larut pun ada jamuan kini orang Dun Kubu Gajah boleh bersama lagi dalam jamuan hari raya bersama Dato Raja Ahmad Zainuddin YB DUN Kubu Gajah.
Begitulah kalau kita masih ada kuasa walaupun di parlimen Larut dan ketiga-tiga Dun. Apa boleh buat negeri kita dah jatuh tangan orang, Siapa salah siapa betul tak guna dah cakap yang penting sekarang kita kena usaha untuk menarik semula penduduk serta pengundi untuk mencintai UMNO dan Barisan Nasional. Pastikan semua aktiviti bermenafaat untuk pihak yang yang ramai. Hapuskan agenda kepentingan peribadi. Bertanding tak salah jangan buka pekong kawan-kawan sudahlah. Isl;am dah bagi tahu kalau londeh atau fitnah semua tu dosa besar jangan buat.
Ini yang nak nampak jamuan raya lagi ialah pemilihan di bahagian biarlah carik-carik bulu ayam . Lepas tu cantum balik jangan gaduh lama-lama nanti kawasan diambil orang, Macam tu juga dengan MT yang nampak dah nak perang RAYA menjelang menjelang sabtu . Mai-mai woi sapa nak cari pencalonan.
Jawatan banyak nak open , sapa boleh bertanding, Tanding yang bersih bukan rasuah, Upah orang buat kerja tak apa, Untuk kempen , Jangan pula teruskan bidaah melayu yang terok iaitu pergi jumpa bomoh. Nanti bomoh Melayu, Bomoh Cina , Bomoh India dan Siam kaya raya yang kita agenda bangsa tak ada. Rugi janganlah macam tu. Pak Lah dah comfirm tak bertanding siapa yang bertanding boleh tawar diri bukan kerja gila tapi itulah yang baik. Biarkan rakyat yang memilih sesiapa yang hendak dijadikan ketua mereka.
Selamat Bersidang semua perwakilan Bahagian Undin anda penting untuk memilih orang-orang yang bakal menjadi PM nanti jangan beri undi kerana duit, Terima duit tak apa tapi fikir guna pertimbangan yang waras apa pentingnya kita sokong seseorang itu untuk menjadi Ketua Bahagian atau lain-lain tambahan pula G7 yang selalunya timbul setahun sekali atau tiga tahun sekali untuk pergi jumpa pak menteri.

No comments: