Pepatah

Kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet ikan janganlah kamu menjadi langau yang merosakan ikan

Search This Blog

Followers

Wednesday, November 18, 2009

Untuk Saudara Saufi Ibrahim

Hari ini Khamis 19 November 2009 saudara Saufi Ibrahim dari Banggol Jas Kembali kerahmatullah. Beliau sudah hampir sebulan terlantar dihospital Ipoh Sakit darah tinggi , stroke dan juga salur darah bahagian kepalanya pecah menjadikan pendarahan . Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya . Berbagai reaksi saya lihat namun begitu saya percaya jenazahnya yang akan di kebumikan asar nanti akan diiringi oleh ramai orang besar dan ternama. Saya banyak kali melihat dia menalifon antaranya Dr Awang Adik minta duit dan dia dapat. Hishamuddin. Zain Isma , Aziz dan ramai lagi mereka ini saya rasa kalau mengenang budi Saufi mesti sampai sebelum asar nanti tapi tak tahulah

Wednesday, November 4, 2009

Mesyuarat ajk bahagian

Semalam 4/11/09 mesyuarat AJK bahagian yang pertama setelah kompromi antara tiga orang YB yang dijana oleh Dato seri MB. Dato hj. Daud tak hadir , Dato Hamzah pun tak hadir tak tahulah mungkin tak dijemput. Tapi semua penyokong masing-masing hadir walaupun ada yang lewat . Namun begitu keseluruhan AJK datang awal seawal jam 3 petang . Banyak juga perkara yang dimaklumkan Dato Raja agak rasional dalam mesyuarat tersebut , tidak ada perkataan perkataan yang dianggap menyakitkan hati sesiapa dalam mesyuarat itu. Biro dilantik tetapi AJK tambahan dan setiausaha belum dilantik.
Semasa mesyuarat dapat maklumat tentang sofi Ibrahim yang tenat kerana darah tinggi dari banggol jas keselama ke, Taiping dan terus Ke Ipoh kerana darah tinggi yang naik mengejut Tapi rata -rata semua ok.

Sunday, October 11, 2009

port dickson masih hak kita

Alhamdullilah dan bersyukur diatas kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil Dewan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Tahniah kepada Calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang memperolehi majoriti 5, 435. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mendapat 8,013 undi manakala lawannya daripada Pas memperolehi 2,578 undi.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas kemenangan ini, selain Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hassan dan seluruh jentera BN yang terlibat dan bekerja keras bagi mempastikan kemenangan ini.

Kemenangan di Bagan Pinang amatlah dinanti-nantikan kerana selepas sembilan Prk yang diadakan BN cuma menang di DUN Batang Air, Sarawak.

Kemenangan ini juga jelas bahawa rakyat masih meletakan kepercayaan kepada BN dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Begitupun, kemenangan ini hanyalah permulaan, kerana perjalanan BN masih lagi jauh yang harus melalui onak dan duri bagi menempatkan semula di hati rakyat.

Namun, selepas berlaku peralihan kuasa dan kepimpinan BN kepada Datuk Seri Najib, rakyat telah mula kembali dengan keyakinan bahawa Parti yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu masih lagi mampu membela nasib rakyat.

Barangkali apa yang berlaku di Perak, selepas Pakatan Pembangkan gagal mempertahankan Kerajaan dan kemelut mereka yang berpanjangan di Selangor dan Pulau Pinang telah mula mengubah fikiran rakyat untuk kembali semula kepada BN.

Krisis kepimpinan dalam MCA juga tidak mempengaruhi pendirian Masyarakat Cina. Malah, Saya sendiri melihat di hadapan mata saya, di satu perhimpunan yang dianjurkan oleh MCA di Teluk Kemang, sambutan kaum Cina amatlah menggalakan ketika menyambut kehadiran Tan Sri Isa.

Pemilihan Tan Sri Isa juga menjadi faktor kemenangan BN kerana bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu bukan sahaja disenanggi oleh Masyarakat tempatan, bahkan juga rekod cemerlangnya sebelum ini.

Pendek kata pemilihan Tan Sri Isa yang saya kenali ketika sama-sama dalam Pergerakan Pemuda UMNO dan di Parlimen, amatlah tepat sekali.

Kemamtapan Jentera BN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin juga menjadi faktor utama, selain kewujudkan semangat perpaduan dalam UMNO dan BN itu sendiri.

Kempen yang disusun juga menepati sasaran dan lebih manis lagi ialah kemenangan BN di semua peti undi dan sesuatu yang sukar dicapai dalam sesuatu pilihanraya.

Apapun BN telah menang. Hanya dengan lafaz rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Kepada Pengundi di Bagan Pinang, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah membuat pemilihan yang tepat.

Saya juga harap Pihak Pembangkang menerima kekalahan ini secara gentleman, sebagaimana BN menerima kekalahan di Prk yang lain. Barangkali kemenangan BN ini ada hikmahnya untuk membuat hari Pembangkang khususnya Pas untuk melihat semula pentingnya Perpaduan.

Saya yakin dan percaya BN tidak akan mempersia-siakan segala harapan dan amanat yang telah diberikan oleh Pengundi di Bagan Pinang.

Monday, September 28, 2009

Penyampaian bantuan hari raya

17 september 2009 malam 27 , saya pun tak tahu malam lailatul kadar dah tiba kebelum tapi sekurang-kurang petang itu aku dapat bantu orang sikit-sikit. Puncanya duit ladang segar yang telah aku namakan penerimanya Aku sendiri. Awi, Hj Saat, Azmi Sabran Amir felcra . tapi aku dah janji duit tu bukan untuk depa untuk semua orang yang kita fikir patut dan berilah seramai mungkin. Aku rayu sikit dato dia tambah lagi tiga Azmi tulis nama ini lain. Ini sedikit menimbulkan masalah. Tak Apalah aku selesailah.

Jumlah duit tu sebanyak 480 seorang jadi dapat banyaklah , Aku kasi Pak Long Leh dulu orang lama yang sakit dia seronok menitis air mata. yang lain-lain itulah pada 17 hb . Jumlah wang diagihkan kepada orang tua sakit RM 100, Orang tua lelaki dan ibu tunggal RM 50 dan ortang susah 30 tapi orang susah ni berlaku kesilapan , Lantas yang sampai cuma RM 15 adalah yang komplen takat 15 tak payah bagi pun tak apa , Dasar orang tak reti bersyukur, Biar kat dia. adalah lebih kurang 50 rang yang datang sama disampaikan oleh Dato raja ja.

Ada juga mereka yang tak datang ambil , aku tak dapat maklumat. minit terakhir ada seorang yang merayu nak juga sikit. Boleh lah kita kasi sikit. Menitis air mata orang tua tu, Mak Njang Che Bah , Amboi Abu terima kasih lah aku tak tahu hang nak juga bagi kat aku, depa ingat aku senang. Abang Sarip hang dah pencen , Sid dah meninggal , yang lain semua isteri orang , tinggal Din kawan hang sorang yang lelaki lain-lain perempuan ,
Aku mula teringat ayah aku dulu , masa mula mula meninggal nasib baik kami ada lagi kakak yang boleh membantu jadi emak tak terok sangat, setakat nak makan dan ubat-ubat tu boleh lah.....Okey cukuplah cerita ni next time aku sambung lagi

Monday, August 17, 2009

Ikan kelisa Sungai Kerian







Aku ingat lagi masa aku darjah 5 kat sekolah Tebing Tinggi , Selalu Hj Adil singgah kat rumah bawak ikan sungai seperti lampam, teruboi, baung kenyeng, keli dan sesekali dia bawa ikan berwarna emas kemerahan , besar gak adala dua atau 3 kilo seekor. Dia jual ikan ni tak silap RM 3 sekati. Dia ni ada gak la hubungan kekeluargaan dengan kami jadi bleh la rasa ikan tu . Itulah dia kelisa Sg Kerian. ...




La ni nak makan .....Sori la.... aku ada bela highback baka indonesia 5 ekor aku beli RM 500 sekor, pastu aku bela merah 2 ekor aku beli dulu harga dia sekor 1200 .. Kelisa Sg Kerian jangan nak hampir .... Biak di kolam harganya 2700 kalau depa kesian... Kalau Sg kerian tangkap sendiri nasib baik, dapat rega dia besar kelingking 6000 /= lagi besar Lu orang pikir la sendiri. kata Nabil... Aku masih teringin nak makan ... tapi aku tak akan makan harganya yang macam tu. Semua ini tak akan berulang ... tengok ikan kelisa yang aku bela , orang yang pernah makan ikan kelisa Sg Kerian dulu kini hanya mampu membela kelisa Indonesia....

perbandingan negara dan kerajaan

Sapa yang suka bleh la copy je aku punya ni baik tak baik aku tak tau lah . Aku tak marah kerana aku tahu semua kita sibok macam-macam keja biasala tolong kekawan.....


PERBANDINGAN ANTARA NEGARA DAN KERAJAAN

NEGARA
KERAJAAN
1.Mempunyai sempadan
2.Termaktub kiranya berdaulat.
3. Mempunyai lambang dan bendera



1. Jentera pentadbir negara
2.Berubah selepas pilihanraya
3. Tiada lambang atau bendera (menurut lambang parti)



Sumbangan Kerajaan Dalam Perkhidmatan Pendidikan. Sebuah sekolah
















Sumnangan Kerajaan dalam Permainan . Sebuah padang Bola untuk kesihatan penduduk

















Sumbangan keagamaan Sebuah Surau








Sumbangan keagamaan sebuah sekolah agama

















Sebuah padang futsal






Sumbangan ekonomi kerajaan untuk rakyat
























Jalan raya dibina untuk kemudahan rakyat














Dewan orang ramai didirikan untuk kemudahan rakyat.

perbandingan negara dan kerajaan

Siapa yang minat nak senang on... bleh copy aku punya assigment aku tak marah . aku tahu masing-masing banyak kerja
PERBANDINGAN ANTARA NEGARA DAN KERAJAAN

NEGARA
KERAJAAN
1.Mempunyai sempadan
2.Termaktub kiranya berdaulat.
3. Mempunyai lambang dan bendera



1. Jentera pentadbir negara
2.Berubah selepas pilihanraya
3. Tiada lambang atau bendera (menurut lambang parti)



Sumbangan Kerajaan Dalam Perkhidmatan Pendidikan. Sebuah sekolah
















Sumnangan Kerajaan dalam Permainan . Sebuah padang Bola untuk kesihatan penduduk

















Sumbangan keagamaan Sebuah Surau








Sumbangan keagamaan sebuah sekolah agama

















Sebuah padang futsal






Sumbangan ekonomi kerajaan untuk rakyat
























Jalan raya dibina untuk kemudahan rakyat














Dewan orang ramai didirikan untuk kemudahan rakyat.

kerja kursus je (hutan tropika)

untuk sapa-sapa yang suka nak cedok saya punya kerja kursus bleh amik....

1. Pendahuluan

Hutan di seluruh dunia adalah sebahagian daripada ekosistem global yang menampung serta memperkayakan kehidupan manusia. Ekosistem hutan mempunyai kitaran yang kompleks yang melibatkan air, tanah, atmosfera, tumbuhan dan fauna. Hutan yang terdapat di seluruh dunia dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah hutan hujan tropika, hutan bakau, hutan pokok tirus, hutan pokok daun luruh dan sebagainya. Di Malaysia, kira-kira 77.2% daripada luas keseluruhan Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai jenis hutan. Hutan ini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan hutan dapat dijumpai di Pahang (37.6%), Kelantan (15%), Perak (14.4%) dan Terengganu (37.6%). Sebahagian besar daripada hutan di Malaysia adalah hutan hujan tropika.

Hutan boleh ditakrifkan sebagai satu komuniti pokok-pokok besar serta haiwan dan serangga yang saling hidup dalam beranika cara dengan meliputi kawasan yang sangat luas. Ia memerlukan cahaya matahari, udara, air dan tanah untuk mencapai pertumbuhan, kematangan dan seterusnya membiak dengan baik. Hutan amat penting dalam alam ini, terutamanya untuk manusia dan haiwan. Hutan telah memberikan manusia banyak faedah walaupun dari segi hasilnya ataupun perkhidmatannya.Antara peibagai fungsi hutan yang amat memanfaatkan manusia boleh terbahagikan kepada 3 kumpulan besar iaitu dari segi ekonomi seperti pengeluaran balak dan hasil kayu dan bukan kayu serta haiwan liar.
Lebih kurang 70% daripada Malaysia adalah dalam zon hijau. Malaysia adalah sebuah negara yang begitu mengambil berat tentang persekitaran dan alam semulajadinya. Ini membuatkan Flora dan Fauna tumbuh sumbur dialam persekitaran Malaysia. Alam Semulajadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek yang terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semulajadi. Alam semulajadi boleh dilihat sebagai semua komponen semulajadi di mana semua hidupan tinggal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan.Keseimbangan ekosistem telah terganggu akibat degradasi alam yang menimbulkan pelbagai isu alam sekitar seperti pemusnahan hutan, pencemaran kesan rumah kaca, hakisan kepupusan sepsis dan lain-lain.


1.0 Kepentingan Hutan

Sektor perhutanan adalah satu sumber pendapatan negara yang penting. Ia memainkan peranan dalam pembangunan sosio-ekonomi negara dari segi pendapatan pertukaran asing, hasil kerajaan, pelaburan dan pekerjaan.
Hutan di Malaysia digolongkan sebagai Hutan Hujan Tropika. Hutan Hujan Tropika dipercayai merupakan ekosistem yang paling tua dan rumit di dunia. Hutan Hujan Tropika amat penting dari segi ekologi. Ekologi Hutan Hujan Tropika di Malaysia dan kawasan lain mempunyai 2 ciri yang ketara iaitu kadar pertumbuhan yang tinggi dan kepelbagaian spesies yang sukar disaingi. Kekayaan Hutan Hujan Tropika dari segi bilangan spesies merupakan faktor penting tarikan para pengkaji. Sebenarnya, di seluruh dunia terdapat tiga kawasan Hutan Hujan Tropika. Kawasan yang paling luas merupakan Hutan Hujan Tropika Amerika di Lembangan Amazon. Hutan Hujan Tropika di Indo-Malaya yang merupakan perbincangan utama di sini adalah kawasan hutan yang kedua luas di dunia. Di Afrika, Hutan Hujan Tropika terletak di Conga dan luasnya meliputi sepanjang pantai Teluk Guinea dan beberapa kawasan di Uganda. Ini adalah kawasan Hutan Hujan Tropika yang terkecil.
Mengikut statistik, dianggarkan terdapat 14500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga di Hutan Hujan Tropika Malaysia. Berdasarkan suatu penilaian yang dibuat, daripada jumlah di atas kira-kira 9000 spesies tumbuhan berbunga terdapat di Semenanjung Malaysia. Antaranya merangkumi 3000 spesies pokok, 1000 spesies orkid, 300 spesies palma dan 60 spesies rumput dan buluh, 500 spesies paku-pakis dan 24 spesies konifer. Selain itu, bilangan bagi spesies lumut, lumut hati, liken dan alga tidak dapat ditentukan dengan tepat. Tambahan lagi, daripada sejumlah 3000 spesies pokok dalam Hutan Hujan Tropika, terdapat 677 spesies balak yang meliputi 168 genus yang mempunyai nilai dagangan.
1.1 SUMBER KAYU-KAYAN
Hutan juga memberi sumber pendapatan kepada negara. melalui aktiviti pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan adalah amat bernilai dan digunakan dalam beberapa bidang yang menguntungan. Di Malaysia, hasil pendapatan dari aktiviti pembalakan telah meningkat dalam jangka masa 10 tahun. Ini dapat dibuktikan oleh jadual berikut : (Rujuk Lampiran)
Hasil kayu-kayan ada banyak penggunaan. Hasil ini memainkan peranan penting dalam ekonomi moden. Industri yang berasaskan hutan telah menyediakan banyak pekerjaan dan wujudkan perdagangan antarabangsa yang berharga. Sebenarnya, pada awal tahun 1970-an balak dan papan gergaji merupakan eksport utama Malaysia untuk pertukaran matawang asing. Kini Malaysia mula beralih kepada industri pembuatan yang berasaskan kayu untuk meningkatkan nilai bahan kayu yang dieksport. Contohnya venier, papan lapis, papan serpai, perabot dan lain-lain. Negara import utama produk kayu Malaysia ialah Jepun, Taiwan, Eropah, Singapura dan China. Antara spesies yang sesuai untuk pembuatan perabot ialah Balak, Kembang Semangkok, Kayu Getah, Nyatoh dan sebagainya. Spesies-spesies luar negara seperti Oak, Maple, Walnut, Mahogany dan Jati digunakan sebagai bahan untuk meningkatkan kualiti dan memenuhi citarasa pengguna. Tambahan lagi, kayu-kayu keras seperti Meranti, Chengal, Merbau, Balau , Keruing dan lain-lain juga digunakan sebagai bahan binaan. Kayu-kayu juga digunakan oleh penduduk tempatan sebagai bahan api pada kehidupan harian. Oleh itu, hutan adalah penting untuk membekalkan kayu-kayu yang begitu banyak mendatangkan faedah kepada kita.
Pokok-pokok di lapisan renjong dapat mencapai ketinggian 60 hingga 70m. Kebanyakan pokok-pokok ini adalah daripada famili Dipterocarpaceae dan Leguminosae. Diterocarpaceae sering dikaitkan dengan kumpulan pokok-pokok balak komercial di Malaysia seperti balau, cengal, kapur, keruing, meranti, merawan, mersawa dan seraya
Lapisan silara utama pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan berbagai famili yang tingginya antara 20 hingga 40m. Misalnya, kedondong, kandis, penarahan dan kelat. Di tingkat bawah pula, terdapat pokok-pokok kecil dan palma yang hidup subur di bawah silara tersebut. Kumpulan tumbuhan sementara bagi lapisan hutan tingkat bawah terdiri daripada anak-anak pokok dan pokok muda. Di lantai hutan pula terdapat anak-anak pokok, palma-palma kecil, tumbuhan renek dan herba .

1.2 SUMBER BUKAN KAYU
Keluaran hasil bukan kayu ialah semua keluaran hutan selain kayu balak. Ianya termasuklah beberapa hasil keluaran hutan bernilai rendah tetapi pada umumnya sangat meluas digunakan. Jenis-jenis hasil keluaran tidak terhad kepada hasil keluaran tumbuh-tumbuhan sahaja tetapi juga meliputi keluaran daripada binatang. Walaupun terdapat pelbagai jenis hasil hutan bukan kayu tetapi ia tidak mempunyai kepentingan perdagangan yang tinggi. Jika berbanding dengan hasil kayu hutan, pengeluaran hasil bukan kayu adalah kurang teratur. Antara hasil-hasil hutan bukan kayu yang biasa dijumpai termasuklah rotan, buluh, tumbuh-tumbuhan pewarna, damar, ubat-ubatan, mengkuang, pandan dan sebagainya.
Rotan merupakan hasil hutan yang terpenting di Malaysia. Ia dikenali di seluruh dunia kerana kecantikannya yang menyerlah apabila direkabentuk menjadi perabot. Sebenarnya, perusahaan rotan di Malaysia pada umumnya bersifat kecil dan tertumpu di kawasan-kawasan luar bandar di mana sumber-sumber bahan mentah ini mudah diperoleh. Rotan lazimnya tumbuh liar dengan banyaknya di kawasan-kawasan pedalaman hutan semulajadi. Dewasa ini, rotan yang paling popular diperdagangankan serta berharga tinggi ialah manau (Calamus manam). Manau merupakan pilihan utama bagi pembuatan rangka dan komponen perabot rotan. Selain rotan, terdapat juga 150 spesies jenis palma asli di dalam hutan Malaysia. Walau bagaimanapun, penekanan dan penggunaannya hanya terhad bagi beberapa jenis palma yang popular seperti nipah, rumbia dan bertam sahaja. Nipah (Nypa fruticnns) tumbuh di sepanjang tebing-tebing sungai seluruh Semenanjung Malaysia. Daun-daunnya boleh dibuat atap dan barangan kraf manakala daun-daun muda yang masih belum terbuka (anak daun) digunakan bagi membuat kertas pembalut tembakau rokok. Buahnya boleh dimakan sementara tangkainya boleh diperah bagi mendapat nira. Rumbia atau sagu (Metroxylon sagu) ialah jenis palma yang lebih besar dan hidup di paya-paya air tawar. Ia merupakan bahan utama dalam pembuatan tepung sagu daripada bahagian dalam batangnya. Daunnya boleh disisir menjadi atap dan dinding rumah. Isi batangnya juga berguna sebagai bahan makanan kepada binatang ternakan seperti ayam, itik, babi. Bertam (Eugeissona tristis) hidup di merata hutan pedalaman. Daunnya boleh dijadikan atap dan buahnya pula boleh dimakan sementara tangkai jambak bungannya kadangkala diukir untuk dijadikan barang hiasan.
Buluh merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili rumput (Gramineae). Ia merupakan sumber bahan asli yang berkepentingan istimewa terutamanya di kalangan masyarakat desa. Penggunaan buluh adalah lebih meluas berbanding dengan hasil hutan bukan kayu yang lain. Dengan berkembangnya teknologi baru, mesin-mesin pemprosesan telah digunakan. Industri barangan yang berasaskan buluh telah dapat berkembang menjadi perusahaan yang lebih berdaya maju. Buluh telah diproses menjadi banyak alatan penggunaan harian. Antaranya termasuk sangkar-sangkar anyaman dan raga-raga besar untuk mengisi sayur-sayuran. Di kawasan luar bandar pula, terdapat pelbagai penggunaan buluh secara tradisi. Selain daripada dinding dan lantai yang direkabentuk dengan begitu indah dab menarik, ia juga dijadikan peralatan muzik, layang-layang, sangkar burung dan alat sumpitan buluh. Rebung-rebung buluh terutamanya buluh betang (Dendrocalamus aspera) dan beting (Gigantochloa levis) yang hidup liar atau ditanam boleh dijadikan sumber makanan berzat. Batang buluh lemang (Schizostachyum brachycladum) boleh menjadi bekas untuk memasak pulut yang dicampurkan dengan santan kelapa. Daun-daun buluh semeliang (S.grande) boleh digunakan untuk membungkus pulut kukus iaitu sejenis masakan kaum cina.
Di samping itu, mengkuang dan pandan merupakan jenis-jenis tumbuhan monokotilidon dalam famili Pandanaceae. Lazimnya tumbuh sebagai pokok berbatang seperti spesies Pandanus odoratissimus. Biasanya ia hidup merimbun di habitat berair, lembah-lembah, kawasan pantai dan bukit. Mengkuang mempunyai saiz daun yang lebih besar dan panjang berbanding dengan pandan. Penggunaan bahan-bahan mengkuang ialah bagi menghasilkan barangan seperti tikar, kajang dan tirai. Daun-daun pandan pula dianyam menjadi tikar, topi, bag tangan dan barangan ringan yang lain. Biasanya keluaran mengkuang adalah lebih tahan daripada pandan. Selain itu, tumbuh-tumbuhan pewarna yang paling berharga di Malaysia ialah daripada spesies sepang (Caesalpinia sappan) yang digunakan untuk mewarnakan pandan, tikar, sutera, kapas dan benang. Ia juga digunakan sebagai pewarna bahan makanan. Tumbuh-tumbuhan pewarna lain ialah mengkudu (Morinda sp.), merbau (Intsia sp.), sena (Pterocarpus indicus) dan akar kunyit (Fibraurea chloroleuca). Tambahan lagi, bayur (Pterospermum sp.), ketapang (Terminalia sp.), rhu (Casuarina sp.) dan rengas juga boleh digunakan untuk menghasilkan bermacam-macam pewarna.

1.3 Sumber Ubat-Ubatan
Hutan merupakan gedong yang penuh dengan pokok-pokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi tumbuhan. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. Dalam kegunaan perubatan tradisional misalnya, masyarakat melayu meminum air rebusan Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan (E.apiculata) sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Orang-orang asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ali bagi mengubati demam cacar manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi meredakan demam malaria. Di antara spesies-spesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai perubatan termasuklah jenis selusuh Fatimah (Labisia sp.), mempisang (Goniothalamus sp.) dan medang (Cinnamomum sp.). Bunga pakma (Rafflesia hasselitii) yang dikatakan mengandungi nilai perubatan turut mendapat harga yang tinggi di pasaran.

Selaras ini, pakar-pakar perubatan juga tidak ketinggalan dalam mengkaji kegunaan tumbuhan dari segi perubatan. Hasil kajian mereka menampilkan pelbagai jenis tumbuhan yang mampu mengubati hampir kesemua penyakit yang menjangkiti manusia. Keberkesanan kegunaan tumbuhan ini memberikan satu persaingan hebat kepada perubatan moden yang berteraskan bahan-bahan kimia buatan sendiri. Hutan merupakan gedong yang penuh dengan pokok-pokok yang mempunyai nilai-nilai perubatan terutamanya dari bahagian-bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi tumbuhan. Pemakaian bahan ubat yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan berbeza mengikut sifat penyakit yang diubati. Dalam kegunaan perubatan tradisional misalnya, masyarakat melayu meminum air rebusan Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan (E.apiculata) sebagai sejenis tonik kesihatan untuk ibu-ibu selepas bersalin. Orang-orang asli pula menggunakan bahagian kulit akar Tongkat Ali bagi mengubati demam cacar manakala serbuknya pula digunakan bagi merawat luka atau bisul serta bagi meredakan demam malaria. Di antara spesies-spesies tumbuhan lain yang sering dikaitkan dengan nilai perubatan termasuklah jenis selusuh Fatimah (Labisia sp.), mempisang (Goniothalamus sp.) dan medang (Cinnamomum sp.). Bunga pakma (Rafflesia hasselitii) yang dikatakan mengandungi nilai perubatan turut mendapat harga yang tinggi di pasaran.
Malaysia merupakan antara 12 negara di dunia yang terkenal dalam bidang kepelbagaian biologi. Terletak dalam kawasan tropika, Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis flora yang berpotensi untuk dibangunkan menjadi bermacam-macam produk semulajadi untuk pasaran dunia. Kajian saintifik etno-botanikal menyatakan bahawa 20% daripada anggaran 12,000 spesis tumbuhan mempunyai nilai perubatan dan terapi.


1.4 REKREASI
Hutan juga bertindak sebagai tempat rekreasi. Kebanyakan kawasan hutan kini mula dijadikan sebagai kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara dan memperolehi keuntungan yang besar. Di Malaysia, misalnya terdapat beberapa buah taman negara yang menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk berinteraksi dengan alam semulajadi.
Tempat yang terkenal dengan Flora dan Faunanya di Malaysia adalah seperti Taman Negara dimana kecantikan Flora dan keindahan Fauna boleh didapati di sini, hutan simpan Endau rompin dimana hutan hujan tropika tumbuh subur di sini, hutan tropika Sepilok Sabah yang terkenal di dunia dengan spesies Orang Utan, Hutan Tropika Sarawak, Cameron Highland pula terkenal dengan keindahan bunga-bungaan, buah-buahan, sayur- sayuran dan ladang teh, Rantau Abang yang terkenal dengan tempat penyu bertelur, Pulau Sibu, Pulau Rawa, Pulau Tioman dan pulau Langkawi yang mana keindahan dan ketulenan batu karangnya dijaga rapi.

Ahli sains menganggap hutan sebagai satu makmal yang besar bagi mereka menjalankan eksperimen dan kajian yang tak terhingga. Ahli masyarakat yang biasa pula telah menganggap hutan sebagai sesuatu tempat yang cantik dan selesa untuk merehatkan minda dan jiwa. Pada berpuluh-puluh tahun dahulu, hutan telah digunakan untuk berehat dan bersukan. Penggunaan hutan untuk rekreasi kian berkembang sejak kebelakangan ini. Sebab yag pertama mungkin kerana penduduk mula mempunyai masa untuk berekreasi. Selain itu, taraf hidup penduduk juga semakin meningkat dan mempunyai masa yang lapang untuk beristirehat. Penduduk bandar juga mula bosan dengan kehidupan di bandar dan ingin tinggal jauh dari bandar buat seketika. Dengan perkembangan kegiatan perindustrian, semakin ramai lagi orang yang menuju ke hutan untuk mendapat udara yang segar dan bersih.
Oleh itu, hutan-hutan rekreasi telah diwujudkan dengan tujuan menyediakan kawasan-kawasan yang mempunyai ciri-ciri hutan alam semulajadi bagi aktiviti-aktiviti peristirehatan kepada masyarakat. Dengan ini, masyarakat berkesempatan menghayati suasana persekitaran hutan di samping mengenali pelbagai fungsi flora dan fauna hutan. Dalam konteks ini, Hutan Hujan Tropika menepati keperluan berekreasi. Di samping teduhan tumbuhan dan aliran sungai, masyarakat turut disediakan dengan pelbagai kemudahan riadah seperti kawasan perkhemahan, persiaran danai alam, kolam mandi dan pelbagai kemudahan rekreasi lain.
Sebenarnya, hutan telah memberikan kita banyak faedah yang secara langsung atau tidak langsung. Di negara asing, nilai rekreasi hidupan liar dari segi ekonomi adalah lebih tinggi daripada nilai dagangannya. Misalnya di Amerika Syarikat, terdapat lebih daripada 30 juta penduduk menjalankan kegiatan memburu dan memencing. Ini telah menampung keperluan industri pelancongan dan rekreasi Amerika. Walau bagaimanapun, masih ramai penduduk yang menganggap hidupan liar sebagai sesuatu yang menarik untuk dilihat dan dikaji, bukannya untuk diburu. Oleh sebab itu, kawasan hutan diperuntukan untuk tujuan rekreasi dan tempat pemeliharaan hidupan liar. Dengan ini, Taman Negara telah diwujudkan. Dalamnya terdapat banyak hidupan liar seperti seladang yang takutkan manusia.
Dalam Rancangan Malaysia ke-2 dan ke-3 (1971-1980), 25 kawasan hutan rekreasi telah ditubuhkan. Sehinggan penghujung Rancangan Malaysia ke-4 (1981-1985), sebanyak 14 kawasan lagi telah dimajukan sebagai hutan rekreasi. Langkah kerajaan dalam menubuhkan hutan-hutan rekreasi ini telah menambahkan perkembangan kemajuan pelancongan negara. Kawasan hutan tidak akan dimusnahkan melalui aktiviti penebangan dan ia digunakan untuk tujuan pelancongan alam semulajadi dan aktiviti rekreasi. Dengan cara ini, masyarakat akan menjadi lebih prihatin dan peka terhadap kepentingan hutan dalam menyumbangkan peranannya mensejahterakan kehidupan. Justeru, masyarakat akan menjadi lebih mencintai alam semulajadi sejajar dengan kehendak negara bagi memelihara dan mengekalkan kualiti dan keindahan alam sekitar. Kini, pengurusan dalam industri berorientasikan pelancongan alam semulajadi berpotensi menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada ekonomi negara.








2.0 Implikasi Pembangunan Tanah Tinggi Kepada Alam Sekitar

Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir. Antara implikasi pembangunan tanah tinggi kepada alam sekitar ialah :
2.1 Hakisan Tanah dan Tamah Runtuh

Pembangunan kawasan tanah tinggi sering dikaitkan dengan hakisan tanah dan tanah runtuh. Tambahan pula, ini akan mengakibatkan penambahan sediment yang tinggi di hilir sungai dan menyebabkan banjir.Keadaan ini akan mengakibatkan terjadinya hakisan tanah dan tanah runtuh. Tanah tinggi yang dibangunkan senantiasa memerlukan perlindungan cerun tanah tinggi. Cerun-cerun menjadi lebih berat dan menakung banyak air dalam strukturnya, tanpa akar-akar pokok untuk memegang struktur ini ataupun saliran yang baik, cerun ini akan menyebabkan tanah runtuh. Insiden sebegini adalah semakin berleluasa pada masa kini. Banyak kes-kes sebegini telahpun berlaku. Masih segar dalam ingatan semua akan tragedi UK Highland Towers. Tanah persendirian ataupun kerajaan, perubahan di tanah tinggi akan memberikan kesan kepada semua.
2.2. Perubahan ekosistem
Perubahan ekosistem di tanah tinggi akan menjejaskan ekosistem lain yang bergantung kepadanya di kawasan kaki tanah tinggi. Ini juga akan menyebabkan lebih banyak flora dan fauna kehilangan habitat. Industri perladangan membersihkan kawasan tanah tinggi yang besar untuk tujuan perladangan. Untuk mendapatkan lebih banyak kawasan penanaman, kawasan paya di sekeliling tanah tinggi akan dikeringkan melalui menyaliran air paya. Pengeringan sebegini akan menyebabkan pengurangan aras air bawah tanah bagi kawasan tanah tinggi dan menyebabkan pengurangan hasil. Jika kita melihat kepada perladangan dari Negeri Sembilan ke Johor,
2.3 Sumber Air Bersih Terjejas Dan Banjir

Tanah tinggi di kebanyakan negara merupakan sumber air. Anak-anak sungai akan menjadi sungai dan menjadi sumber air kepada satu populasi yang besar. Kebanyakan empangan didirikan di kawasan tanah tinggi. Air yang diperoleh di kawasan ini biasanya lebih bersih daripada air dari sungai di kawasan hilir. Walaubagaimanapun, mengeringkan air terjun untuk mendapatkan air yang bersih untuk rawatan patut diberhentikan.
Masalah banjir biasanya berkait dengan berkait dengan sistem pengaliran yang kurang teratur. Tetapi ada punca lain yang menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah kekurangan kawasan tadahan air dan sistem pembinaan empangan yang kurang teratur. Masalah kekurangan kawasan tadahan air di sekitar biasanya wujud. Ini kerana banyak kemusnahan hutan telah berlaku. Pendedahan tanah terbiar kepada hujan menyebabkan aliran air permukaan bertambah. Air ini tidak akan terserap kedalam tanah dan mengalir terus kedalam sungai. Seterusnya menyebabkan banjir berlaku di kawasan hilir sungai .
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.Penggondolan bukit akan menyebabkan hilangnya tunggak bumi dan penghadang banjir


2.4 Perubahan Mikrocuaca Persekitaran

Apabila tiada tumbuhan di sekeliling, kita akan rasa lebih panas di persekitaran kita. Situasi ini akan berlaku dengan kerata dan mempunyai bukti yang amat jelas. Haiwan berdarah sejuk biasanya akan merasakan perubahan ini secara mendadak.
Contoh ikan biasanya menukar habitatnya apabila keadaan persekitaran tidak sesuai lagi lebih-lebih lagi dalam perubahan suhu. Selain itu, ini boleh menyebebkan masalah penhijrahan haiwan dari kawasan hutan ke kawasan yang mempunyai penduduk.











3.0 Peranan Tumbuhan Kepada Alam Sekeliling Dan Manusia
Malaysia adalah amat beruntung kerana masih mempunyai kawasan hutan asli. Tetapi ini tidak bermakna bahawa kita harus berpuas hati dan mengabaikan masalah-masalah yang sedang mengancam kawasan hutan kita. Tiada jaminan yang konkrit bahawa sumber alam semulajadi dan warisan ini akan terus kekal pada masa hadapan. Ini jelas kelihatan dengan tanda-tanda bahawa kawasan hutan sudah mula berkurangan dengan cepat berdasarkan kadar eksploitasi masa kini. Sebenarnya, pemeliharaan dan pengurusan sumber-sumber ini memerlukan tindakan wajar dan segera. Terutamanya prihatin dan tanggungjawab masyarakat adalah amat diperlukan.
Sebenarnya kitaran kehidupan manusia sangat bergantung kepada tumbuh-tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan merupakan sumber alam yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan manusia. Tambahan pula manusia disyorkan untuk memakan makanan seimbang yang merangkumi tumbuh-tumbuhan untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh pelbagai jenis penyakit. Dalam peratusan makanan seimbang ini, tumbuhan meliputi hampir 75% daripada keseluruhannya. Peratusan ini jelas menggambarkan betapa pentingnya tumbuhan kepada manusia.Antara Peranan Tumbuhan Kepada Alam Sekeliling Dan Manusia ialah

3.1 MENGAWAL ALIR AIR DAN KUALITI AIR
Apabila hujan turun dengan lebat, air hujan akan menitis ke bawah menuju ke lantai hujan dengan pantas. Akan tetapi, pergerakan titisan air hujan dapat dilambatkan oleh kanopi hutan dan lapisan tumbuhan di bawahnya. Struktur Hutan Hujan Tropika yang berkanopi adalah penghalang hujan yang sangat cekap. Mengikut pendapat para ahli ekologi, liputan hutan dapat mengurangkan kejadian banjir pada musim hujan lebat dangan memerangkap sebahagian daripada air hujan dan mengembalikan sebahagiannya kepada atmosfera.
Sebenarnya, hujan yang sampai ke muka bumi akan membebaskan tenaga yang akan mengakibatkan serakan kumin tanih. Dengan ini, untuk menitis air hujan, kanopi hutan dapat menghasilkan perubahan kadar dan tempoh curahan air hujan ke lantai hutan. Yang penting sekali ialah hutan dapat mengurangkan kesan titisan air hujan ke atas tanah. Di samping itu, daun-daun yang gugur di lantai hutan juga boleh bertindak sebagai "kusyen" yang dapat menyerap titisan air hujan dan seterusnya menghalang pengaliran air ke dalam tanah di bawahnya. Justeru, peranan hutan bukan sahaja dapat mengurangkan kesan titisan hujan ke atas tanah, tetapi ia juga menggalakkan penyusupan air. Hal ini penting kerana penyusupan air dapat menghalang sesuatu kawasan itu daripada digenangi air. Selain itu, kewujudan humus dapat memperbaiki tekstur dan meningkatkan ketelapan supaya membantu dalam penyusupan air. Oleh itu, boleh mengatakan bahawa hutan berperanan untuk mengurangkan larian air dan meningkatkan keupayaan penyusupan serta membantu perkolasi air.
Pada hakikatnya, hanya sebahagian sahaja hujan yang turun dapat sampai ke lantai tanah hutan akibat daripada pemintasan tumbuhan. Kuantiti hujan yang sampai ke lantai hutan adalah bergantung kepada bentuk dan susunan daun dan ranting pokok dalam hutan. Tanah hutan hujan primer dilindungi oleh beberapa lapisan kanopi. Oleh itu, berapa banyak hujan yang dipintas oleh pelbagai lapisan kanopi bergantung kepada keamatan hujan dan tempoh hujan turun. Sebahagian besar air hujan yang dipintas tidak sampai ke tanah dan sebelumnya akan tersejat ke atmosfera. Sebaliknya, air hujan yang tidak terpintas akan menjadi aliran terus atau aliran batang dan akan mengalir secara perlahan-lahan ke anak-anak sungai.
Selain itu, sistem saliran yang ada sekarang adalah tidak dapat menampung kesemua hujan yang turun pada musim hujan dan mengakibatkan berlakunya banjir. Banjir berlaku akibat daripada air yang berlebihan dalam sungai dan rangkaian sungai. Sebelum air hujan mengalir ke sungai dan rangkaian sungai, ia akan melalui aliran dataran, aliran dasar dan aliran subpermukaan. Mengikut statistik, larian air dalam hujan adalah rendah iaitu 40%-50% kerana sebahagian besarnya telah dipintas oleh hutan. Ekosistem hutan berperanan sebagai "regulator" air dalam mengawal kadar alirannya. Kajian Liken 1970 telah menunjukkan bahawa kehilangan litupan hutan akan menyebabkan air hujan terus mengalir ke sungai-sungai dan mengakibatkan kejadian banjir kilat secara tidak langsung yang mendatangkan bencana kepada manusia. Ini dapat dilihat pada sebatang anak sungai yang mengalir ke kawasan hutan dan berbanding dengan sebatang sungai yang mengalir ke kawasan rancangan perumahan ketika hujan lebat. Disebabkan oleh kurangnya air hujan yang terpintas dan tersejat, kekerapan banjir dan kehebatannya dapat dilihat setelah pemusnahan hutan berlaku.
Hutan adalah sangat penting sebagai satu sistem penyediaan kualiti air yang bermutu kepada manusia. Ramai ahli ekologi bersetuju bahawa legah yang dilitupi tumbuhan membekalkan air yang berkualiti lebih baik digunakan oleh manusia kerana hutan bertindak sebagai penapis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air. Penebangan hutan bukan sahaja mempengaruhi aliran sungai dan suhu air sungai tetapi juga boleh menimbulkan perubahan keadaan kimia air sungai. Hal ini disebabkan apabila pokok-pokok ditebang, bekalan nutrien yang tersimpan dalam tumbuhan akan hilang. Walaupun sebahagian daripada nutrien boleh digunakan oleh tumbuhan lain yang ditanam oleh petani pindah tetapi kebanyakannya akan terlarut resap dan mengalir ke sungai. Perubahan nutrien yang banyak mungkin menimbulkan kesan yang tidak diingini seperti eutrofikasi tasik dan kolam. Dengan ini, kemerosotan kualiti air akan berlaku.


3.2 MENGAWAL HAKISAN TANAH
Masalah hakisan tanah sering berlaku kebelakangan ini akibat daripada aktiviti manusia sendiri. Kawasan hutan telah ditebang dan diusahakan untuk pertanian dan kegiatan lain yang menguntungkan manusia pada jangka masa yang pendak. Akibat penebangan hutan yang melampau, proses hakisan tanah telah mula berlaku secara perlahan-lahan. Apabila hujan diturunkan dengan lebat, percikan titisan hujann akan mempercepatkan proses hakisan. Hal ini kerana agregat tanih relai dan liang-liang besar dalam tanih telah ditutupi atau disumbati. Dengan ini, aliran daratan pun mula memperlihatkan kesannya dengan membawa bersama-sama kumin-kumin tanih. Proses sedemikian dinamakan sebagai proses iring arus.
Di kawasan tropika lembap, proses penggondolan melibatkan beberapa proses yang penting. Antara proses-proses itu termasuklah:
Penggondolan kimia yang berlaku apabila batuan bertindak balas dengan air dan gas yang terlarut dalamnya.
Eluviasi mekanikal yang berlaku apabila kumin halus kelodak dan lampung di bawa air.
Basuhan cerun akibat tindakan titisan air hujan dan larian permukaan.
Hakisan oleh sungai.
Antara proses-proses tersebut ada perbezaan dari segi kepentingannya. Peranan penggondolan kimia adalah lebih berkesan daripada hakisan mekanikal. Hakisan ini telah memberi implikasi bahawa litupan tumbuh-tumbuhan di rantau ini melindungi permukaan bumi daripada hakisan mekanikal.
Sebenarnya, litupan tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai penutup bumi yang semulajadi. Ia dapat melindungi permukaan tanah daripada hentaman titisan air hujan dan akarnya dapat mencengkam pada tanah, pokok-pokok juga berfungsi sebagai pengikat tanah-tanih dengan akarnya. Keupayaan ini dapat mengelakkan butir-butir tanah daripada pecah dan dihakis oleh air. Dengan ini, enapan dalam sungai akan berkurangan dan seterusnya terus mengurangkan pemendakan di hilir sungai. Dengan keupayaan ini, hutan dapat memelihara kualiti alam sekitar dan mencegah kejadian-kejadian buruk seperti banjir kilat daripada berlaku.
Sebenarnya cara yang paling mudah untuk merosakkan tanih ialah dengan membasmi litupan tumbuh-tumbuhan dan mendedahkannya kepada hujan lebat yang menghakis bahagian atas tanah. Bahagian atas tanah kaya dengan humus dan mengandungi banyak pengurai. Jika litupan tumbuhan dibuangkan maka ini seolah-olah menyingkirkan sebahagian besar daripada kesuburan tanah. Tanah yang kehilangan humus tidak akan dapat serap air hujan dengan berkesan dan membiarkannya menjadi air lari. Hal in akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah yang serius.
Justeru, hutan memang memainkan peranan yang tidak dapat digantikan dalam mengawal hakisan tanah. Satu tinjauan telah dilakukan untuk mengukur larian air yang berlaku dalam hutan. Keputusannya menunjukkan bahawa kadar larian air adalah sebanyak 40%-50% sahaja. Ini adalah rendah di kawasan Hutan Hujan Tropika kerana kadar pemintasan oleh kanopi hutan adalah tinggi. Selain itu, bukit-bukit yang curam juga perlukan perlindungan daripada hutan untuk mencegah kerosakan yang serius yang disebabkan oleh hakisan. Dengan ini, jelaslah kita lihat peranan hutan sebagai pengawal hakisan tanah yang penting.
3.3 KESTABILAN CUACA
Pengurangan kawasan Hutan Hujan Tropika sejak kebelakangan ini telah disedari dengan memberi kesan terhadap cuaca di bumi. Semasa proses fotosintesis terjadi pada tumbuhan, tumbuh-tumbuhan akan menyerap karbon dioksida dengan mengeluarkan oksigan. Serasah daun yang terkumpul di lantai hutan juga akan menyimpan karbon dari atmosfera dalam proses fotosintesis. Proses karbonisasi pula telah diimbangi oleh pernafasan tumbuhan dan haiwan dan aktiviti ungkaibina yang mengakibatkan penggunaan oksigan dan pengeluaran karbon dioksida.
Hutan Hujan Tropika adalah unik kerana mempunyai kadar biojisim yang tinggi. Mengikut statistik, daripada sejumlah 8330 bilion tan organik karbon yang terkumpul bersama-sama bahan tumbuhan, 40 % daripadannya dihasilkan di Hutan Hujan Tropika (Whitmore 1984). Pemusnahan hutan yang berlarutan bererti semakin berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Hal ini terjadi lebih serius lagi dengan pembakaran fosil seperti arang batu, minyak dan gas asli untuk menampung keperluan tenaga. Yang membimbangkan kita ialah proses ini telah mengeluarkan karbon dioksida yang banyak ke udara. Ini telah menjejaskan suhu udara di sekitar kawasan hutan yang asalnya adalah lebih rendah dan selesa daripada kawasan yang terbuka tanpa tumbuhan.
Kenyataan menunjukkan bahawa pemekatan karbon dioksida di udara telah bertambah. Ini telah kelihatan semakin jelas sejak 100 tahun kebelakangan ini. Para saintis meramalkan bahawa hal ini akan mengakibatkan pemanasan dunia. Ianya akan mempengaruhi pengugangan kadar gas dan secara tidak langsung juga mempengaruhi ketebalan lapisan ozon yang terdapat di atmosfera. Kehadiran gas-gas seperti karbon dioksida, kloroflorokarbon (CFC), nitrid oksida di atmosfera akan menyekat pelepasan tenaga sinaran daripada permukaan bumi tetapi ia tidak menghalang laluan tenaga haba dari matahari ke atmosfera. Ini telah menyebabkan suhu meningkat. Fenomena ini dikenali sebagai kesan rumah hijau.
Jika kita berjalan dalam kota raya yang penuh dengan bangunan batu dan kemudiannya berjalan melalui jalan yang dinaungi oleh pokok-pokok, sudah pasti mendapat jawapan betapa hutan memberi kesan terhadap cuaca persekitaran yang nyaman. Saintis-saintis alam sekitar telah mendapati bahawa suhu pada siang hari di bandar adalah lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar. Di kawasan bandar, pokok-pokok berfungsi sebagai agen pembersih udara melalui proses fotosintesis di mana gas karbon dioksida diserap dan gas oksigan dibebaskan. Wap-wap air hasil daripada proses ini pula menolong melembap dan menyamankan udara. Pokok-pokok yang ditanam di kawasan bandar dan di sepanjang jalan selain daripada mempunyai fungsi tersebut juga dapat bertindak sebagai zon penyerap bunyi di samping menambah keindahan suasana sekeliling.















4.0 Langkah-langkah mengatasi sumber-sumber asli yang semakin berkurangan.
Dalam usaha mengejar kemajuan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan ini mengakibatkan kesan pencemaran.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia ..
Dalam tempoh RMKe-9, Kerajaan akan terus memberi penekanan kepada langkah pencegahan untuk mengurang dan meminimumkan pencemaran serta menangani impak negatif lain kepada alam sekitar yang berpunca daripada aktiviti pembangunan. Di samping itu, langkah akan diambil untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan bagi menggalak amalan pengurusan mampan sumber asli berkaitan sumber tanah, air, hutan, tenaga dan marin. Usaha ini akan meningkat perlindungan alam sekitar dan pemuliharaan sumber asli serta menyumbang kepada penambahbaikan kualiti hidup. Teras strategik bagi menangani isu alam sekitar dan sumber asli akan bertumpu kepada:
a) menggalak persekitaran hidup yang sihat;
b) mengguna sumber secara mampan dan memulihara habitat kritikal;
c) memperkukuh rangka kerja institusi dan kawal selia serta mempergiat
penguatkuasaan;
d) memperluas penggunaan instrumen berasaskan pasaran;
e) membangunkan petunjuk pembangunan mampan yang sesuai; dan
f) menyemai budaya dan amalan mesra alam sekitar di semu peringkat
4.1 Perancangan Guna Tanah
Pelaksanaan pendekatan pembangunan spatial yang mengintegrasikan konsep dan metodologi pembangunan mampan akan digalakkan. Strategi yang terkandung dalam PFN akan dilaksana dengan menerapkannya dalam pelan struktur. Kaedah dan parameter yang sesuai akan dibangun untuk mengenal pasti dan mengurus KSAS bagi membolehkannya menjadi zon tebatan dalam pengawalan penyelerakan pembangunan. Pengurusan sumber tanah akan ditambah baiki melalui peluasan pelaksanaan program e-Tanah dan mewujudkan pentadbiran tanah yang kompeten melalui latihan.
4.2 Lanskap.
Dasar Lanskap Negara akan dijadikan panduan pembangunan taman bandar pada peringkat bandar, daerah dan negeri. Rizab kawasan hijau akan diperluas serta sungai, jalan, bangunan awam dan kemudahan awam akan dilanskap untuk menambah baik alam sekitar. Bekas tapak lombong dan kuari yang sesuai akan dipulihara dan ditambah baik supaya menjadi tapak warisan geologi dan tarikan ekopelancongan
4.3 Sumber Air
Penekanan akan diberi untuk mengekal dan meningkatkan fungsi ekosistem sungai melalui pemulihan dan penyenggaraan tadahan tanah tinggi, tanah lembap, tebatan sungai dan zon riparian. Kesesuaian instrumen berasaskan pasaran akan dikaji untuk mengambil kira kos alam sekitar, termasuk kekurangan, ke dalam sistem harga air. Langkah untuk mengurangkan permintaan air akan diberi penekanan termasuk melalui pemberian rebat cukai untuk industri yang mengitar semula air.
4.4 Biodiversiti.
. Usaha memelihara habitat kritikal akan dipergiat. Sehubungan ini, pelan pengurusan sedia ada akan dikaji semula bagi memperkukuh lagi perlindungan flora dan fauna yang terancam. Proses EIA akan dikaji semula untuk merangkumi penilaian impak terhadap ekosistem. Kajian Strategi Pemuliharaan dan Pengurusan Tanah Tinggi di Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dan Dasar Tanah Tinggi Negara akan digubal. Garis Panduan Akses dan Perkongsian Manfaat Sumber Biologi akan disedia bagi memastikan perkongsian saksama manfaat daripada penggunaan sumber biodiversiti dan menangani isu biorompak. Institusi penyelidikan dan universiti akan membangun inventori biodiversiti komprehensif untuk membantu biopenerokaan.
4.5 Sumber Hutan
Pemuliharaan dan penggunaan secara mampan produk hutan dan kawasan tadahan air akan diberi penekanan untuk menggalakkan pengurusan hutan secara mampan. Pembangunan sumber kekayaan yang mampan daripada produk hutan seperti produk herba dan ubat-ubatan, aktiviti ekopelancongan dan biopenerokaan akan digalakkan. Pusat Produk Hutan dan Bukan Hutan akan ditubuh untuk meningkatkan keupayaan pengurusan alam sekitar dan sumber asli. Sistem MC&I akan diperkukuh untuk memantapkan usaha pengurusan hutan secara mampan.
4.6 Sumber Marin dan Pantai
Dasar Pengurusan Bersepadu Zon Pesisir Pantai akan diperkenalkan untuk menggalak pemuliharaan dan pengekalan sumber marin dan pesisir pantai. Pemulihan dan pembaikpulihan pesisir pantai akan dipertingkat melalui program penanaman dan penghijauan semula. Pelan pengurusan hutan bakau dan hutan pesisir pantai komprehensif akan dibangun untuk menangani kadar susutan hutan bakau bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan serta mengurangkan kesan dari hakisan pantai dan tsunami. Indeks Keterancaman Pesisir Pantai akan dibangun untuk memandu reka bentuk program pengurusan zon pesisir pantai.
4.7 Kesedaran dan Promosi Alam Sekitar.
Dalam tempoh Rancangan, usaha mempromosi dan memupuk budaya dan amalan mesra alam di kalangan rakyat Malaysia akan dipergiat dengan penglibatan aktif sektor swasta dan NGO. Tindakan dan perubahan yang sesuai akan diambil melalui kurikulum pendidikan di sekolah bagi menanam kesedaran yang lebih mendalam terhadap keperluan pemeliharaan alam sekitar. Sektor swasta akan digalak untuk menganjurkan program kesedaran penjagaan di kalangan industri dan syarikat bagi meningkatkan tahap penjagaan yang lebih tinggi terhadap keselamatan awam dan alam sekitar. Di samping itu, tenaga, ide dan kesungguhan NGO alam sekitar akan digembleng bagi melengkapi usaha Kerajaan memelihara alam sekitar. Petunjuk Pembangunan Mampan. Sistem petunjuk pembangunan mampan Malaysia akan dibangun dan ditanda aras dengan inisiatif antarabangsa yang sedia ada untuk memastikan supaya setanding. Sehubungan ini, satu kajian komprehensif akan dijalankan untuk menilai ketepatan, kesesuaian, dan faedah mengguna kaedah penilaian seperti perakaunan sumber asli, pengauditan alam sekitar dan model berasaskan tindak balas terhadap keadaan tekanan untuk memantau pembangunan mampan dalamMalaysia. Inisiatif Alam Sekitar Antarabangsa. Malaysia akan meneruskan penekanan terhadap kerjasama serantau dan antarabangsa untuk menangani isu alam sekitar serantau dan global. Perbincangan dan perkembangan di pelbagai fora alam sekitar akan dipantau rapi untuk memastikan kepentingan Malaysia tidak terjejas. Tumpuan akan diberi terhadap kajian dan langkah yang perlu bagi membantu tindakan Malaysia memenuhi komitmennya dalam perjanjian alam sekitar pelbagai hala.












5. Kesimpulan :
Jelas bahawa hutan adalah unsur penting untuk membentuk ciri-ciri alam semulajadi, menyediakan berbagai keperluan asas kepada kehidupan haiwan dan manusia. Hutan tropika mungkin mengandungi hampir separuh daripada spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan di dunia, termasuk beberapa banyak genus dan famili yang masih belum lagi diketahui.
Terdapat beberapa banyak contoh struktur tumbuh-tumbuhan dan tingkah laku haiwan yang tidak wujud di zon iklim sederhana, termasuk pertalian ekologi dan fisiologi yang khusus antara tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan persekitarannya pula terdapat di hutan tropika.
Tetapi pembangunan pesat yang berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semulajadi di hutan. Ini telah mengancam kepentingan hutan dari segi ekonomi setempat dan perdagangan sedunia. Jika pemusnahan hutan terus berlaku, dua pertiga daripada spesies di hutan hujan tropika akan pupus sebelum kita berjaya menemuinya menjelang 2025.
Oleh itu, kesedaran perlu diwujudkan tentang betapa pentingnya hutan. Pengawalan perlu dilakukan melalui pembentukan undang-undang dan kerjasama daripada semua pihak bagi membendung pemusnahan hutan yang berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang penting untuk generasi yang akan datang.


































LAMPIRAN 1


Tahun
Hasil (m3)
Pendapatan (RMJuta)
1980
27.9
2500.0
1990
40.0
4200.0
Jadual : Pendapatan dari hasil pembalakan di Malaysia pada tahun 1980 dan 1990.

Rajah 1.8 Gambar menunjukkan hasil kayu balak yang ditebang.







LAMPIRAN 2

Silat Sendeng Kubu Gajah




15 /08/09 malam di tepi kedai Marjan 18 orang remaja Kubu Gajah tamat latihan silat Sendeng dengan guru mereka dari Kuala Kurau. Bagus juga bebudak harap-harap taklah terlibat dengan gejala tak sihat seperti dadah atau lain-lain. Hari tu depa semua dapat sijil yang disampaikan oleh Dato seri Raja. Dalam majlis tu ramai juga yang hadir termasuk kekawan bahagian UMNO seperti Cikgu Awang , Cikgu Supri terima kasihlah kehadiran mereka. Silat Sendeng Warisan Haji Ismail ini kira okey gak untuk latihan awal remaja-remaja ini. Tengoklah gambar-gambar yang ada ni...

Sunday, August 9, 2009

Mesyuarat Bahagian Bagan Serai

Tahniah UMNO Bagan Serai , Selesai dah mereka mesyuarat bahagian kami Larut jadi pemerhati . Ramai yang bertanding pi KL . Biasa selori bertanding yang berjaya tinggal 7 orang je. Tapi jangan kecewa. Cuba lagi . Tapi utuk orang Larut saya sendiri tak pasti bila nak selesai walau 16 ogos ni kena buat mesyuarat cawangan. Pemilihan ke KL belum pasti sapa. Kalau bertanding jangan kecewa kalau kalah, jangan pulak dok kata orang pake duit , pengundi tak tahu nak pilih orang ke atau apa-apa lah? Orang yang bertanding semua nak menang . Tak kan bertanding tapi nak kalah. Mesyuarat tu di sekolah teknik. Jadi sakit sekolah tu kerana ramai yang tak berapa reti bahasa jangan merokok kawasan sekolah. Dahla hisap rokok putingnya disepah sepahkan nanya cik gu sekolah tu. okey... Wassalam

Sunday, August 2, 2009

Reformasi dan anti ISA

Tahniah, Melayu berjaya mengumpulkan lebihkurang 15 000 orang ke KL dalam perhimpunan anti ISA. Perhimpunan sewajarnya lebih lagi. Kalau ada orang India dan Cina join sama. Tapi nampaknya Cina dan India tak join. Melayu saja yang sebok nak hapuskan ISA. Kerana yang dok rajin kena ISA orang Cina dan India yang rajin buat kacau. Mereka ni tak sedar diri tak tahu sejarah Malaysia. Mereka masih ada negeri lain selain Malaysia sedangkan orang melayu nak pi mana kalau dah kacau disini. Depa boleh balik India atau Cina setelah kumpul harta berlambak-lambak disini orang melayu relax je, Depa tukar nama jalan orang melayu relax je. Singapore dok buat kacau orang melayu bagi terus kat Cina , senang tak kacau dah. Ramai sangat cina di Pulau Pinang bagi Cina jadi Ketua menteri , orang melayu masih sengih lagi.
Di Perak orang melayu dok relax lagi , Tanah Istana larut bagi kat TESCO , Perak Hanjoong bagi ja kat Yong Teck Lee , Melayu tarak pa-pa . Gunung Lang Tak taulah dah jadi apa. Melayu dok buta lagi. Cari la kalau ada tanah melayu yang lebih dari 20 ekar satu tempat melainkan tanah-tanah YB . Orang melayu tak dak punya . Yang ada orang Cina atau India yang Ceti.
Baru baru ni pun MB PR dah kasi tanah untuk sekolah Cina , Sekolah melayu kasi apa tanah tak kasi , balak atas tu pun hak Cina seribu hektar woo. Berapa juta balak tu sapa punya. Nizar juga kasi tanah untu setesen bas baru kat ipoh Meru . Memangla guna ramai ramai tapi persatuan bas tu semua Cina. Pujuk la Cina Biak mampuih melayu. La ni pun tanah tapak rumah takdak dah.
Baru baru ni ada Cina mati terjatuh bangunan. Tak tau lah ada kata bunuh, ada kata bunuh diri. Tapi yang sahnya depa minta macam-macam kerana cina ni mati. Minta surat beranaklah entah apa-apa lagi Melayu pun kalut nak minta macam -macam untuk cina tu. Kalau kita orang melayu mampus sapa tak tengok, Walaupun kita yang tolong orang besar-besar tu naik. Hapus kanlah ISA mudah-mudahan Cina dan India terus bermaharaja lela untuk hina orang melayu, hina raja-raja melayu, Macam dalam TV ada budak tu cakap ada aids, Aiman tak kisah.
Wahai orang melayu tolonglah fikirkan hak anak cucu kita akan datang jangan jadi macam Pelestin yang tak habih-habih. Ya ka. Ada satu cerita...........
Cina tu hairan sangatlah.... kenapa.... Tersebut cerita anggota polis membuat sekatan Jalan raya. Berdesup sebuah BMW memotong lori di garisan berkembar, anggota polis tahan , terkejut pula ada sebuah Proton saga biru tua memotong ditempat yang hampir sama , Juga kena tahan , Polis yang dok tahan BMW pergi dekat kereta proton . BMW lu nanti sikit jam, Minta IC, Lesen pada tuan Proton terus tulis saman bayarlah 200 nanti. walaupun baru kerja posmen , gaji 1200 anak 8. Belah Proton melayu cabok itu dalam serabut dan menyumpah dalam hati. Cina yang tunggu tersengih-sengih tengok melayu tu. Polis datang tanya amacam . dia cakap kasi seatle angkat 50 sudah lah . Cina hairan macam mana aku kena 50 melayu nanti kena 200 akau lagi manyak luit kerja jual pompuan.......Inilah nasib kita melayu kalau dibiarkan berterusan cina berkuasa dan berharta . Control la sikit jangan jadi Palestine.

Sunday, July 19, 2009

Ketua Umno Larut

Tahniah Dato Seri Raja Ahmad, Masih kekal menjadi Ketua Umno Larut. MB Perak Dato Zambri memang bijak untuk mengendali segalanya di Larut. Jawapan yang Dato Zamri beri memang ada klas. Tapi saya hairan dengan ahli yang ada dalam majlis hari itu. Semua pergi ke Kamal Longh dengan niat nak cari penyelesaian. tetapi majlis tu nampak macam majlis nak hentam orang. Bukan nak mempertahankan sesiapa tetapi kita harus rasional atas apa yang kita pergi. Kalau nak buat kacau atau sengaja nak sakitkan hati orang lebih baik tak payah pergi . Tak tahulah saya kalau mereka ada agenda lain. Namun begitu Dato seri ketua bahagian pilih jawatan kuasa yang terbaik, kalau boleh tubuhkanlah jawatan kuasa pemikir Umno di Larut , Supaya Umno kekal kuat ditempat kita.

Tuesday, June 9, 2009

UMNO LARUT

Dato Seri Presiden ke China , Sup MB Perak jemput VIP UMNO Larut ke Ipoh, Nampaknya larut dah selesai , tahniah kepada semua , tentu presiden pening kepala menyelesaikan masaalah Larut yang melarut, Kerajaan negeri pun entah macam mana. Orang masih tak puas hati. Kalau lompat kepada depa ok , kalau lompat ke kita tak bermoral , hampeh.
Kalaulah Umno Larut dah ok tentu ja tak lama akan ada mesyuarat cawangan dan bahagian orang akan keluarkan macam isu nak boh saja kena sedialah semua ajk , begitu juga cawangan tentu susah nak jawab kerana tak ada aktiviti ,tapi kena lah jawap juga,