Pepatah

Kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet ikan janganlah kamu menjadi langau yang merosakan ikan

Search This Blog

Followers

Sunday, July 11, 2010

Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Larut 2010

Ahad.. 11/07/2010 Sekolah Kebangsaan Tok Sajak Batu Kurau. Bermula jam 10.00 pagi 400 orang lebih hadir demi memastikan anak bangsa terus mempunyai kesinambungan untuk berkuasa. MB Perak , Dato Sri Dr Zambri Abdul Kadir telah merasmikan jam 1.15 tengah hari. Beliau berusaha memastikan UMNO Larut berupaya bersatu mempunyai kekuatan dan berupaya menang dalam pilihanraya akan datang . Beliau cuba memastikan supaya tidak berjanji tetapi memastikan boleh membuat jalanraya yang telah dijanjikan merentasi kampung Perak hingga selama . Beliau mengingatkan YB supaya jangan berjanji tapi buat apa yang perlu, kerana pengundi sekarang sudah pandai, terutama wanita .Kekalahan yang lalu sangat mengajar beliau juga mengingatkan seperti maksud hadis jangan jatuh ke lubang yang sama buat kali kedua.
Ucapan penangguhan pun OK biasa hanya kata kat orang la.. Kata lah tapi tak jadi kudis kat depa pun.

Saturday, July 10, 2010

Persidangan perwakilan Wanita dan pemuda bahagian Larut.

Hari ini 10/07/2010 bermula jam 9.00 pagi persidangan perwakilan wanita bermula. Aku taklah pi seawal tu coz mesyuarat wanita. Persidangan diadakan di Dewan UMNO Batu Kurau .(Tahniah la kepada pemimpin terdahulu ada gak dewan UMNO Larut) Aku Sampai tengah orang nak ucapan penangguhan .
Tahniah... Pandai orang pompuan lani .... Jolok sarang tebuan. Kot kot depa ni belakon. Sorang perwakilan Wanita .. Lupa dah cawangan mana entah best dia tarok ketua wanita Puan Hajjah Sawipah (Mak Su) Dia kata mana duit 10 000 ringgit yang ahli parlimen bagi untuk wanita tak dengar cerita mungkin dia kata Mak Su dah makan duit tu.
Masa penggulungan oleh Ketua Mak Su ulas janji Ahli parlimen tu semua tipu.. Sekupang pun dia tak bagi semua duit dari ketua Wanita adalah duit dia sendiri yang Cik gu Kassim beri. Dia nampak baju yang Dato Hamzah beri pelik dari biasa yang di pakai oleh wanita UMNO. Baju putih kain merah , Ini entah dari mana pulak baju putih kain bunga. Dah tak nampak macam mesyuarat UMNO Merah pakat muka din Musang Lepas tua ada yang sampai kat Cik gu Faizul kot dia pun sampai ... Aku tak tahu la apa yang depa dok semang dengan Faizul sebab aku pun yak minat nak dengar.
Belah petang persidangan pemuda Aku sedih... Sayang aku pada UMNO tak tahu nak jadi apa. Pemuda nampaknya kurang yang hadhir ... Aku jalan 2 tengok sapa yang tak baru aku tau orang lantikan KP yang tak hadhir pun ada antaranya anak Hj Saat , Edzuddin. Ed awat tak pi.. Yang heran pulak pak Ngah Pin (Aripin Abu Bakar kampung Tapah pun tak hadhir buat pa la bertanding dulu Pak Ngah Buat naya orang ja... Tapi yang tambah pelik perwakilan Cawangan Kubu Gajah sorang pun tak dak. Apa nak jadi denga KP Kubu Gajah ni Fauzi. Kalau tak mau hari tu biar kat orang jangan bertanding. Sedih UMNO Larut mak jadi apa . Tolonglah kawan 2 kita terdesak . Jaga lah UMNO kita ni......

Monday, July 5, 2010

majlis pemimpin bersama rakyat....

4 july 10 .... Aku sedih sungguh tengok pemimpin UMNO yang istimewa di Larut. Aku tak tahu yang dia tu tahu ka rak tahu tapi mustahil tak tahu kerana dia exco MT ... Kononya buat majlis UMNO juara rakyat. tapi sayang program tu tak pulak di sertai oleh kepimpinan UMNO Larut. So yang cantiknya bukan umno juara rakyat tapi Dato Hamzah la juara . Elok ubah tajuk. . Ini yang susaj nak pikir ni. Sedangkan di KL presiden dok bagi tau UMNO juara . Tapi di Larut kalau macam ni payah nak jadi juara buat kerja bukan untuk UMNO pun... Buat kerja biar ikhlas . Naik atau jatuh kita dah tentu pun. Buat cam mana jadi juga

Wednesday, November 18, 2009

Untuk Saudara Saufi Ibrahim

Hari ini Khamis 19 November 2009 saudara Saufi Ibrahim dari Banggol Jas Kembali kerahmatullah. Beliau sudah hampir sebulan terlantar dihospital Ipoh Sakit darah tinggi , stroke dan juga salur darah bahagian kepalanya pecah menjadikan pendarahan . Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya . Berbagai reaksi saya lihat namun begitu saya percaya jenazahnya yang akan di kebumikan asar nanti akan diiringi oleh ramai orang besar dan ternama. Saya banyak kali melihat dia menalifon antaranya Dr Awang Adik minta duit dan dia dapat. Hishamuddin. Zain Isma , Aziz dan ramai lagi mereka ini saya rasa kalau mengenang budi Saufi mesti sampai sebelum asar nanti tapi tak tahulah

Wednesday, November 4, 2009

Mesyuarat ajk bahagian

Semalam 4/11/09 mesyuarat AJK bahagian yang pertama setelah kompromi antara tiga orang YB yang dijana oleh Dato seri MB. Dato hj. Daud tak hadir , Dato Hamzah pun tak hadir tak tahulah mungkin tak dijemput. Tapi semua penyokong masing-masing hadir walaupun ada yang lewat . Namun begitu keseluruhan AJK datang awal seawal jam 3 petang . Banyak juga perkara yang dimaklumkan Dato Raja agak rasional dalam mesyuarat tersebut , tidak ada perkataan perkataan yang dianggap menyakitkan hati sesiapa dalam mesyuarat itu. Biro dilantik tetapi AJK tambahan dan setiausaha belum dilantik.
Semasa mesyuarat dapat maklumat tentang sofi Ibrahim yang tenat kerana darah tinggi dari banggol jas keselama ke, Taiping dan terus Ke Ipoh kerana darah tinggi yang naik mengejut Tapi rata -rata semua ok.

Sunday, October 11, 2009

port dickson masih hak kita

Alhamdullilah dan bersyukur diatas kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil Dewan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Tahniah kepada Calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang memperolehi majoriti 5, 435. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu mendapat 8,013 undi manakala lawannya daripada Pas memperolehi 2,578 undi.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin diatas kemenangan ini, selain Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hassan dan seluruh jentera BN yang terlibat dan bekerja keras bagi mempastikan kemenangan ini.

Kemenangan di Bagan Pinang amatlah dinanti-nantikan kerana selepas sembilan Prk yang diadakan BN cuma menang di DUN Batang Air, Sarawak.

Kemenangan ini juga jelas bahawa rakyat masih meletakan kepercayaan kepada BN dan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib.

Begitupun, kemenangan ini hanyalah permulaan, kerana perjalanan BN masih lagi jauh yang harus melalui onak dan duri bagi menempatkan semula di hati rakyat.

Namun, selepas berlaku peralihan kuasa dan kepimpinan BN kepada Datuk Seri Najib, rakyat telah mula kembali dengan keyakinan bahawa Parti yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu masih lagi mampu membela nasib rakyat.

Barangkali apa yang berlaku di Perak, selepas Pakatan Pembangkan gagal mempertahankan Kerajaan dan kemelut mereka yang berpanjangan di Selangor dan Pulau Pinang telah mula mengubah fikiran rakyat untuk kembali semula kepada BN.

Krisis kepimpinan dalam MCA juga tidak mempengaruhi pendirian Masyarakat Cina. Malah, Saya sendiri melihat di hadapan mata saya, di satu perhimpunan yang dianjurkan oleh MCA di Teluk Kemang, sambutan kaum Cina amatlah menggalakan ketika menyambut kehadiran Tan Sri Isa.

Pemilihan Tan Sri Isa juga menjadi faktor kemenangan BN kerana bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu bukan sahaja disenanggi oleh Masyarakat tempatan, bahkan juga rekod cemerlangnya sebelum ini.

Pendek kata pemilihan Tan Sri Isa yang saya kenali ketika sama-sama dalam Pergerakan Pemuda UMNO dan di Parlimen, amatlah tepat sekali.

Kemamtapan Jentera BN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin juga menjadi faktor utama, selain kewujudkan semangat perpaduan dalam UMNO dan BN itu sendiri.

Kempen yang disusun juga menepati sasaran dan lebih manis lagi ialah kemenangan BN di semua peti undi dan sesuatu yang sukar dicapai dalam sesuatu pilihanraya.

Apapun BN telah menang. Hanya dengan lafaz rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. Kepada Pengundi di Bagan Pinang, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah membuat pemilihan yang tepat.

Saya juga harap Pihak Pembangkang menerima kekalahan ini secara gentleman, sebagaimana BN menerima kekalahan di Prk yang lain. Barangkali kemenangan BN ini ada hikmahnya untuk membuat hari Pembangkang khususnya Pas untuk melihat semula pentingnya Perpaduan.

Saya yakin dan percaya BN tidak akan mempersia-siakan segala harapan dan amanat yang telah diberikan oleh Pengundi di Bagan Pinang.