Pepatah

Kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet ikan janganlah kamu menjadi langau yang merosakan ikan

Search This Blog

Followers

Friday, March 18, 2011

Gerakan pembela mangsa seks

Terlambat sikit .... 16 /3/2011 satu demostrasi aman di adakan di perkarangan Kubu Gajah untuk memperjuangkan nasib mangsa seks yang tidak terjawab lebih dari 2 tahun... ia itu Mohd Saiful Buhkari ...
Perhimpuna ini selanjutnya mendesak agar Datok sri Anwar menyerahkan sampel darah untuk tujuan ujian DNA , agar pihak mahkamah dapat menjalankan keadilan dengan segera..perhimpunan yang diserta oleh lebihkurang 60 orang sukarelawan dari perbagai pertubuhan seperti Pekida, Pekasa dan kelab sukan sekitar dun kubu gajah beakhir jam 10 Selepas pihak polis membuat panggilan telefon agar pehimpunan itu di bubarkan.
Semuga usaha mereka di berkati Allah.

Monday, March 14, 2011

bloger pas kata

menghilangnya geng songkok tinggi & cap keris?? Kalau takde kumpulan demo songkok sejengkal ni.. rasa sunyi pulak media. Selama ini bukan main rasisnya UMNO dan beberapa NGO hulubaya dan penjilat PM & Menteri-menteri BN. Tetapi apabila timbul dua isu sensitif yang pelakon porno, Presiden MCA nak tunjuk hero… kemana menghilangnya NGO-NGO melayu ni. Mana Majlis Perunding Melayu? Mana 76 NGO Melayu Islam? Mana PEKIDA,PERKASA dan NGO-NGO Cap Sheltox yang memperjuang untuk mempertahankan melayu & kedaulatan Islam? Dah kecut ke atau projek dah masyuukk? Itu pasal senyap! Mana pulak JAKIM ke Mufti ke?
Selama ini bukan main lagi berarak kononnya demi mempertahankan Islam dengan isu kalimah Allah. Pas difitnah dengan pelbagai tuduhan. Kononnya DAP ganti PAS. Apabila Kini apabila pemimpin MCA menyentuh isu bible melayu dan saman judi di Kelantan, UMNO jadi bisu kelu. Kini Chua Soi Lek dah desak agar Bible melayu diedarkan. Tidakkah pejuang melayu rasa tercabar? Apabila MCA nak saman pulak kerana tak izin judi, mana dia mereka ini yang mengaku mempertahankan kedaulatan Islam? Dah mandom kot? Layaklah kini MGU pulak dalam BN. (MCA GANTI UMNO) ???

MCA nak tarik undi cina. Apatah lagi dekat pilihanraya Sarawak ni. Kita tengoklah apa tindakan Najib? Macamana golongan ini nak bersilat ke nak berkung fu? Kita tengoklah Menteri lembik yang jaga Kementerian Dalam Negeri itu nak uruskan? Auww! Boleh selesai tak?

MCA hari ini menggesa kerajaan supaya segera membuat keputusan berhubung penahanan naskah kitab Injil Al-Kitab di dua pelabuhan di negara ini. Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, Kementerian Dalam Negeri perlu membuat ketetapan supaya kitab berkenaan dapat dilepaskan segera. Bercakap dalam satu sidang media petang ini, Chua berkata, peguam negara juga perlu membuat ketetapan berhubung isu berkenaan.

Begitu juga dengan isu larangan perjudian di Kelantan.

MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat. Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.
"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan. "Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.

Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam.
Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan. "Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi.

Mungkin isu judi ni UMNO dah serik apabila kena isu judi bola tahun lalu. Sekarang ni diaorang pass kat MCA. Tapi sebelum pi jumpa MB Kelantan, pi le jumpa MB Mat Said dulu. Bawah pimpinan UMNO-BN. Suruh bukak kedai ekor dan Sport-Toto kat Terengganu tu. Ramai dah orang UMNO nak berjudi tetapi malu alah apabila ianya ditutup zaman pemerintahan Pas 1999 dulu. Dah lama puok UMNO gatal tangan nak berjudi di Terengganu ni. Nanti Vinsent Tan dan Ananda Krisnan jugak untung. Boleh mintak wat belanje pilihanraya.

Terengganu ada 8 Daerah kalau ada 2 kedai satu daerah. Dah banyak woo. Duit ehsang, rasuah yang UMNO bahagi tu, bolehlah wat tikam ekor. Bertambah maju & makmurlah negeri Terengganu Darul Iman. EXCO & Mufti UMNO Cap Ayam bukan boleh kata apa-apa? Pejabat agama JHEAT pun boleh kutip zakat apabila mereka kaya raya nanti.
Dulu undang-undang Hudud di Kelantan Mahathir tukang sekat, Zaid Ibrahim tukang saman. Kini dalam kes judi di Kelantan ni, Chua Soi Lek pulak tolong ejas saman. Walaupun diakui judi bukan budaya cina tetapi demi kebebasan. Kenapa demi kebebasan hendak diambil tindakan terhadap penagih dadah? Biarkanlah mereka demi sebuah kebebsan. Sama seperti MCA yang menerima Presiden daripada Pelakon Porno, maka biarkanlah rakyat Cina dan Malaysia menjadi pelokon-pelakon porno pula?

Kalaulah begini nilai kebebasan dan akhlak yang ingin diwujudkan agar rakyat menjadi status lembu dan kerbau, adakah rakyat Kelantan bersedia menerima UMNO-BN sebagai pemerintah di Kelantan? Entahlah!!! kecuali orang kelantan dah gian sangat nak berjudi?

Kalau tak! Cakaplah banyak-banyak Datuk Chua... lu lagi banyak cakap lagi bagusss!.
Posted by Saiful


##### Ini lah hasil kreatif bloger pemuda gucil untuk menyakit hati orag. Tapi sayang dia kata ikut suka dia jer... Mungkin di ni x tahu dimana kelantan, tak kenak org yang cium kerih tu sapa.. Dia betoi buta masa org Dok hentam melayu dulu org cium kerih tu la do depend melayu, Dia masalah sangat sebab Chua Soi Lek nak mintak saman judi di kelantan ... Mampoih pi lah Kan tgna ada ... Dia selesaikan lah.... kes Bible tu sure x akan lepas oleh kerajaan....
Dia ni x kenal klantan kerana dia tak tahu di Ke;lantan tak payah nombor ekor pun belambak judi.....Tapi yang dok berjudi tu semua org pas...... Pertandingan ayam serama........ Pertandingan bunyi tekukur..... Pertandingan Lumba kura 2..... Pertandingan belalang... Wau...Dan judi pun x kurang di golok.....Dia saja2 buat x reti tu...
Cerita hudud dia timbol lagi punya Bengong ... dia x degr kot nizar kata dalam dewan... pas x akan menjalankan hukum hudud dan negara islam kerana x ada dalam perlembagaan pas ...Lagi buat pa la nak takut kat Mahadei nak sekat kalau dah Allah suru kita kena buat... Buat ja apa peduli Mahadei dia tu org... bukan ada kuasa apa pun.... yg mana lah yg depa ni lebih takut Allah @ Mahadei ... Tapi mangkok ayon tak reti apa 2 ni sepatut bertaubat... Kerana takutkan Mahadei lebih dari takutkan Allah..... Ya Allah selamatkan mangkok Ayon Saiful yg bodo ni dari api neraka.........

Sunday, March 6, 2011

12 dalil masalah aqidah anwar dari uthman el muhammady

AIDCNews – 23/12/10 – Sekurang-kurang 12 Dalil ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Religion and Pluralisme in a Divided World"(Agama dan Pluralisme Dalam Dua Dunia), pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE) perlu dinilai semula kerana dibimbangi bercanggah dengan akidah Islam.


Demikian penegasan yang dibuat oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dalam kertas kerjanya "Pluralisme Agama dan Anwar : Beberapa persoalan dilihat dari pandangan arus perdana Islam" yang diedarkan kepada semua peserta Wacana Sehari anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT), Majlis permuafakatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan, Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN) dan Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) di di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Setiap peserta dibekalkan kompilasi ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di LSE, London (18 Mac 2010) dalam dwi-bahasa, teks asal ucapan Ketua Umum PKR itu dalam Bahasa Inggeris dan teks ucapan yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Manakala untuk menjawab teks ucapan Anwar itu, turut dilampirkan bersama kertas kerja Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady.



"Kompilasi ringkas ini adalah bagi menunjukkan satu contoh penyebaran luas fahaman Pluralisme Agama serta menjawab fahaman salah mereka yang mengusung idea yang ingin menyamaratakan semua agama", ditulis dimuka depan kompilasi bertajuk "Menyanggah Pluralisme Agama Menyelamatkan Umat Islam Di Malaysia" itu.

12 Dalil kesalahan-kesalahan Anwar yang dikupas oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady adalah seperti berikut :

1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.

Anwar Ibrahim : Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.

Uthman El-Muhammady : Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.





2. Persoalan Pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut; "Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan"(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

Uthman El-Muhammady : Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik 'cahaya' dan 'lampu' itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu 'menyeberangi' sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya.

3. Persoalan Konsep Agama Adalah Universal

Anwar Ibrahim : Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

Uthman El-Muhammady : Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.

4. Persoalan Pendapat Dante, Penyair Kristian abad ke-14

Anwar Ibrahim – Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan 'Kuasa' tetapi juga dengan 'Akal'. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rush :

Uthman El-Muhammady : Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi 'The Divine Comedy', karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali rd ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, 'Akal' semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi juga bergantung kepada kepercayaan 'Wahyu' dan 'Syariat'. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rush tidak bergantung kepada 'Akal' tetapi beriman kepada 'Wahyu' Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.

5. Persoalan Konsep Kebebasan Beragama VS Pluralisme Agama

Anwar Ibrahim : Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Uthman El-Muhammady : Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

6. Persoalan Firman Allah, 'Tidak Ada Paksaan Dalam Agama'

Anwar Ibrahim : Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman 'tidak ada paksaan dalam agama', maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Uthman El-Muhammady :Tidak ada paksaan dalam agama' (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam.

Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam 'freedom of conscience' (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.

7. Persoalan Konsep Menuju Kepada Yang Satu

Anwar Ibrahim : Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

Uthman El-Muhammady : Dalam Islam konsep 'Menuju Kepada Yang Satu' perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.

8. Persoalan Semua Kepercayaan Agama Adalah Sama

Anwar Ibrahim : Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Uthman El-Muhammady : kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks Al Quran. Apabila diturunnya Al Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain ('muhaiminan 'alaih). Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.

9. Persoalan Perintah- Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims)

Anwar Ibrahim : Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.

Uthman El-Muhammady : Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai 'wahyu'. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.

10. Persoalan Konsep Kebebasan

Anwar Ibrahim : kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh 'pihak lain', terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.

Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Uthman El-Muhammady : Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara': Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara', maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara' maka ia perlu dijauhi.

Sudah tentu bagi Muslimin, Syara' mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara' dan ijma', itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannyahendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.

11. Persoalan Syariat Islam

Anwar Ibrahim : Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang 'pertembungan tamadun' yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan 'gendang purba' itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.

Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama(Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).

Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang Islamophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya.

Uthman El-Muhammady : Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara' yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara' berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma', kerana terpengaruh dengan 'penemuan-penemuan' para pemikir, ini tidak dibolehkan.

12. Persoalan Jihad

Anwar Ibrahim : Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

Uthman El-Muhammady : Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.

Agenda Pluralisme : Gagal Jawab Surat Amaran JAKIM, Anwar Tarik Balik Ucapan di Blog



Lampiran :

1. Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Religion and Pluralism in a Divided World" di London School of Economic (LSE) pada 18 Mac 2010. Versi English [Klik di sini] ; Versi Melayu [Klik di sini]; Audio [Klik di sini]

2. Rencana Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady bertajuk "Pluralisme Agama Dan Anwar: Beberapa Persoalan Dilihat Dari Pandangan Arus Perdana Islam"

Pakatan dah tak diterima

PAKATAN REBAH TERUS MENERIMA KEKALAHAN KO DALAM LIGA PRK 2008 - 2011

Pakatan Haram tidak boleh mendabik dada lagi seperti sebelum ini dimana kononnya
rakyat terus memilih mereka dalam siri PRK selepas PRU12. nah, lihatlah sendiri!
Fakta telah menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN kembali bersinar..

Analisa Peningkatan Undi BN Di PRK DUN Kerdau dan Merlimau

DUN Kerdau

2008 majoriti : 1615 undi
2011 majoriti : 3560 undi

Peningkatan : 220%


DUN Merlimau

2008 majoriti : 2154 undi
2011 majoriti : 3623 undi

Peningkatan : 168%

Diharap BN mampu kekalkan momentum ini dalam PRU yang bakal menjelang.
InsyaAllah..

Saturday, March 5, 2011

Anwr menghina Sultan

KECOH mengenai khabarnya terdapat bukti kukuh yang mengatakan bahawa Anwar ada mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan sebuah Negeri ini membangkit kemarahan masyarakat Malaysia. Bukti ini dikatakan akan mengheret Anwar ke muka pengadilan apabila pendedahan ini dibuktikan di sebuah blog terkenal.




Ada individu dari PKR telah sempat merakamkan kenyataan Anwar yang secara jelas mempamerkan kata2 Anwar menghina Sultan tersebut. Perkara ini pernah dibangkitkan satu ketika dahulu namun ianya dinafikan oleh Anwar dan menganggap ianya berbentuk fitnah yang sedikit sebanyak mencemarkan kreliubiliti beliau.

Anwar sebelum ini juga pernah menghina institusi Raja2 Melayu apabila mendakwa telah menemui yang Di Pertuan Agong bagi mengadakan Sidang Parlimen Khas sebelum merampas kuasa Kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008 namun ianya tidak berlaku.

Namun dikatakan tiada kaitan dengan Kerajaan 16 September tetapi ada sesuatu yang Anwar tidak berpuas hati dengan Sultan Negeri tersebut. Bilakah bukti tersebut akan didedahkan? Nantikan perkembangan blog2 pro Kerajaan dari semasa ke semasa.

Friday, March 4, 2011

Rasisnya Mereka di Melaka


Hampir setiap malam sebuah kedai jahit di tengah pekan Merlimau menganjurkan siri ceramah politik. Para penceramah terdiri daripada kaum cina yang entah siapa dan tak rahu dari mana bersilih ganti menyampaikan ucapan berapi-rapi.

Kenapa kaum cina Merlimau beriya-iya menyokong PAS? Sejak bila mereka rajin mendengar ceramah politik?

Jika dalam kalangan orang Melayu ada politikus, kaum cina pun begitu juga. Malah ia turut tiba bersama kedatangan para penghijrah tersebut ke Tanah Melayu, lama sebelum merdeka.

Politik sering datang bersama ideologi. Dalam bahasa mudahnya, ideologi bermaksud fahaman. Namun ia tidak terhenti setakat itu sahaja. Fahaman yang diamal dan ditaati akhirnya menerbitkan ketaasuban. Ia terpahat dalam jiwa dan raga seseorang sehingga hampir mustahil untuk diubah.

Fahaman awal politik kaum cina bersusur galur daripada gerakan politik di Tanah Besar China iaitu komunisme. Perseteruan komunis-kapitalis memperlihatkan situasi ingin menyebarkan ideologi masing-masing secara agresif, tetapi terancang.

Pemimpin komunis di China amat sedar tentang penghijrahan besar-besaran rakyatnya ke kepulauan Melayu, khususnya ke Tanah Melayu. Maka peluang tersebut digunakan sebaiknya bagi menyebarkan fahaman mereka.

Penubuhan Patai Komunis Malaya (PKM) membuktikan usaha penyebaran fahaman komunis bukan sekadar main-main. Malah selepas itu, terutamanya setelah pendudukan Jepun pendokong idealism komunis bertindak lebih agresif dengan melancarkan kempen bersenjata secara besar-besaran dan terang-terangan.

Hal ini tercatat dalam sejarah apabila pengganas Bintang Tiga menyerang balai-balai polis serta megambil allih pentadbiran negara selama 14 hari sebelum ditumpaskan.

Gerakan politik kaum cina tidak pernah mati tetapi diganti dengan perubahan sikap para pemimpin baru yang bukan sahaja tidak berminat dengan komunisme bahkan tidak bercita-cita untuk menguasai pemerintahan negara. Para pemimpin ini berpendapat bahawa penduduk asal sewajarnya menguasai pentadbiran manakala wakil-wakil kaum lain perlu dilantik bagi menyampaikan suara kaum mereka secara bersistematik.

Persefahaman ini dilaksana dengan baik sehinggalah Lee Kuan Yew memohon unttuk menyertai Persekutuan Tanah Melayu. Salah satu faktor penting kemasukan Singapura ialah bagi menyekat penyebaran komunisme di pulau itu dan seterusnya menjangkiti Tanah Melayu.

Friday, February 25, 2011

Penerapan Rasis di Sekolah

Ternyata Semangat Perkauman Cina Tebal apabila menolak tajaan akhbar Utusan Percuma

Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma

Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.

Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.

Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.

“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.

Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.

Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.

Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang.