Pepatah

Kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet ikan janganlah kamu menjadi langau yang merosakan ikan

Search This Blog

Followers

Thursday, March 31, 2011

Majlis Anugerah cemerlang guru Larut....

Kemunting 31/4/11..............Ok, Boleh dikatakan ok... semua target kehadiran tercapai 500 orang seperti yang di idamkan, Dr Poad Zakarshi Timbalan menteri datang .. Semua berjalan lancar. Band PSKPP ok. Makanan boleh kata ja la ok . cabutan bertuah pun ok..


Majlis yang berjalan cukup baik diserikan dengan doa dan terus makan menjamu selera... Sayanglah kerana diikutkan perjanjian asal makanan itu ala-ala hotel. Tapi sayang, makanan yang dijanjikan itu rasanya tak wujud. Saya dan kebanyakan jawatankuasa membayangkan makanan yang diletakan dalam mangkok steel bertutup, mempunyai api dibawahnya tapi tersasar. Makanan dimasokan kedalam pinggan biasa, ditutup dengan plastik. macam makan rumah orang kenduri kawin ... Meraikan guru itu agak tidak terai terabai maksud saya .. Buat masih melepaskan batuk ditangga. Setakat makanan seperti itu Hj At Ayam boleh buat, tak payah dari Kuala Lumpur.. Katanya caterer makanan yang PM selalu makan. Kelengkapanya tiada so tersasar.

Anugerah saya tak rasa ia menepati kreteria berpolitik. Silap banyak. Lemah pemilihan itu.. Nampaknya sesaorang yang mendapat perhatian dan anugerah ialah orang yang tak bermasyarakat . Kenal takat keliling kampung dia saja. tak perlu jadi pengerusi susah susah. Ajar di sekolah dah lah . Saya tak mau pertikai orang yang dapat tapi tengok lah sapa yang lebih wajar. Lemah juga tu termasuklah saya selaku jawatan kuasa.

sepatutnya jawatankuasa DUN tu yang pilih bukan nya pejabat

Tuesday, March 29, 2011

Mesuarat terakhir Jamuan JasaMu dikenang

28/3/2011 PPD Taiping.. Mesyuarat terakhir untuk majlis yang akan diadakan pada 30/3/2011 nanti . Pengerusi En. Sabri memastikan semua berjalan dengan baik . Menyoal seorang demi seorang ajk apakah perkara yang belum selesai. Alhamdulillah semua selesai. Cuma baju batik yang belum selesai.Satu yang aku x comfirm dan x cari sampai ari ni adakah benar Dr Puad Zakarshi itu tak ada gelaran Dato. Heran.........................................

Friday, March 25, 2011

Dari Blog aku sayang UMNO

BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

MENJELANG PRN SARAWAK.......

PUTRAJAYA, – Buku Jingga “karangan” pakatan pembangkang bukan untuk rakyat Sarawak kerana ia tidak sesuai dengan kehendak dan citarasa rakyat negeri itu, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Untuk bawa ke Sarawak sudah agak terlewat di mana ia seperti tiada kaitan langsung,” kata Menteri Dalam Negeri itu kepada media ketika ditanya penerimaan Buku Jingga itu di Sarawak.

“Kita di dalam kerajaan telah pun melihat kepada isu-isu yang dibangkitkan seperti hak milik tanah, pembangunan luar bandar juga keperluan asas elektrik dan air. Ini semua telah kita laksanakan dan bukan semata-mata janji,” katanya.

Katanya Buku Jingga ini menunjukkan perbezaan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) di mana mereka melakukan sesuatu kerana mengambil kesempatan suasana pilihanraya.

Pakatan pembangkang mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam pakatan itu dikeluarkan pada Disember lalu dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka.

“Kita konsisten dalam tindakan kita dari dulu lagi khususnya dalam memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak. Ia bukan kerana ada pilihan raya tetapi kerana di sana ramai memerlukan pembelaan,” katanya.

“Saya mahu ingatkan mereka yang buat janji di dalam Buku Jingga bahawa janji mereka sebelum pilihan raya dulu dalam negeri yang mereka perintah kini masih lagi belum mereka tunaikan.”

“Ini lagi mahu buat janji baru,” kata Hishammuddin yang ditemui selepas Penerimaan Petisyen Berkaitan Ratifikasi “Protokol Pilihan kepada konvensyen mengenai hak kanak-kanak, penjualan kanak-kanak, pelacuran dan pornografi kanak-kanak”, di sini hari ini.

Hishammuddin turut meminta orang ramai agar meneliti sedalam-dalamnya janji-janji yang dibuat di dalam Buku Jingga itu dan “tengoklah siapa yang sebenarnya telah mengotakan apa yang dijanjikan.”

KITA IBARATKAN BUKU 'JINGGA' PAKATAN RAKYAT INI SEBAGAI SEBUAH KOMIK CERITA DONGENG DI ZAMAN DULU-DULU. SESUAI DIBACA OLEH KANAK-KANAK SEKOLAH. HEHEHEHEHE - IBM

Monday, March 21, 2011

Ceramah pakatan senget di Dataran Manggis Selama

Dataran Manggis. Selama 21/3/11
Ceramah hebat oleh Sivakumar , saya tak dengar banyak tapi satu benda yang dia marah sangat kerana saman ekor katanya dari tahun 1999 saman itu di adakan mana kita nak ingat kerana dah lebih 10 tahun , Kalau tak bayar tak boleh bayar cukai jalan.

Betul ke....... Yg realnya sejak tahun 1999 Sivakumar tak pernah ada cukai jalan kerana baru sekarang dia dia ada saman dan tak boleh bayar cukai. Yang lain dia cakap pun tak berapa yakin.. kerana dia sendiri hanya meletak harapan andainya menang tapi yang jelasnya payahlah nak menang.

Mat Sabu pulak kelas betoi ,dia kata Selama, Grik dan Gua Musang ulu banat orang tak reti apa-apa bukan macam melayu bandar yang banyak sokong pembangkang. Boleh kerajaan temberang ..... dibawah ni ada keratapi bawah tanah dari Selama keGrik ...Pembangunan yang boleh ditipu oleh kerajaan.
Dia juga menyamakan Indonesia Pak Harto, dengan Najib, Ibu tien sama dengan Rosmah sementara di Mesir dia menyamakan NDP dengan UMNO Husni Mubarak sama dengan Najib...... Tapi Sayang dia tak perasan ke Nik Ajis pun dah 20 tahun memerintah .. dia tak tahu ke Najib tak sampai 3 tahun biarla ....... Nik Ajis kenalah tukar kerana dah lama dah.

Mat Sapu juga kata video seks Dsai dengan Dolly tu dibuat oleh Umno, dan tuduh Umno dah jadi pengedar video lucah pulak. La ni awat dia nak jadi hero pulak. dulu masa Dsai dalam kerajaan, dia yang mula2 buhuh nama An War Al Juburi, dia cakap pada tahun 1998 di ceramah Pas di Sg. Buaya, Dungun. tengok dalam CD Pas yg diedarkan/jual untuk kaut keuntungan dari sifat kemurahan hati pengikut Pas yang tongong. Harap2 biar AnWar tak ikut tuntutan Dato T. Kalau ikut, tak ada can la kami nak tengok dia berlakon video tu... he...he...he..

Saturday, March 19, 2011

La ... tak kaji langsong

PETIKAN DARI BLOG Pecacai SeMalaysia.


MP Bagan Serai, Gobalakrishnan telah mengemukakan tuntutan mohon maaf terhadap MP Machang, YB Saifuddin Nasution di dalam tempoh 7 hari berkaitan dakwaan Saifuddin kemungkinan Gobala mendapat habuan setelah keluar dari PKR. Sekiranya Saifuddin gagal untuk memohon maaf, beliau akan berhadapan dengan saman berjumlah RM 12 juta.

Gertakan Gobala terhadap Saifuddin nampaknya langsung tidak diendahkan oleh Setiausaha Agung PKR tersebut malahan beliau bersedia untuk berjumpa dengan Gobala di mahkamah. Jawapan rengkas Saifuddin seperti berikut, "
“Alasan saya ialah saya telah ketengahkan beberapa fakta yang mengukuhkan kenyaaan awal saya mengenai punca dan sebab musabab kenapa beliau telah mengkhianati parti walaupun bertanding atas tiket KEADILAN kemudian mereka-reka segala alasan melalut untuk mengesahkan atau mensahihkan tindakannya mengkhianati parti," Katanya, sepanjang 12 tahun mengenali Gobala dalam PKR, beliau tahu kemampuan kewangan wakil rakyat itu.

Sebelum meminta Saifuddin memohon maaf, sewajarnya Gobala terangkan di mana beliau memperolehi wang sebanyak itu. Tetapi Gobala memilih untuk menyelesaikan isu ini di mahkamah. Mungkin ada harapan buat Gobala menjadi jutawan segera jika memenangi kes ini, atau Gobala akan dibuktikan sebagai pengkhianat rakyat Di Bagan Serai. Apa pun keputusan di mahkamah nanti, yang jelas pengundi-pengundi di Bagan Serai sudah pasti akan menolak beliau di dalam PRU nanti. Sebelum Gobala istiharkan diri keluar dari PKR, saya telah pun menulis bahawa orang ini sedang mencipta alasan untuk keluar parti dan jangkaan saya memang tepat.

Syabas buat Saifuddin yang tegas dengan pendiriannya di dalam isu ini. Pembongkaran hendaklah terus dilakukan terhadap beberapa orang lagi Adun/MP dari PKR yang telah berubah menjadi `spesis katak' ini. Inilah tempoh terakhir mereka berada di kerusi masing-masing sebelum mereka dicampakkan oleh rakyat ke tong sampah./wfauzdin.blogspot.com




+++++Kelisa Emas.......Nampak sangat bloger Pecacai SeMalaysia ni.. PECACAI sungguh ... sampai x kaji ... Gobala tu dari mana...benda fakta ... tapi dia main hentam ja... Gobala tu dari Padang Serai.... yang dari Bagan Serai tu Mohsin .... Nampak sangat otak kanan dan otak kiri dia tak boleh pakai ... FAKTA PUN SALAH Macam mana dengan yg tersembunyi .... Patutlah otak dia serong.............

PM LAYAN LAGI DSAI Janji nak bagi DNA yg dsai nak

`DARI MYKMU.NET.......

Syabas penulis ucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana berikrar untuk menyerahkan DNA beliau kepada pihak berkuasa bagi membuktikan bahawa beliau tiada kena mengena dengan fitnah pembangkang mengenai Altantuya.

Anwar sebelum ini mempersoalkan mengapa perlu dia menyerahkan DNAnya kepada pihak berkuasa, sedangkan DNA Datuk Seri Najib tidak pun diminta untuk dipadankan dengan DNA pada kes Altantuya. Anwar dengan bodohnya mencabar agar Perdana Menteri menyerahkan DNAnya untuk disiasat pihak berkuasa.

Meskipun tahu bahawa permintaan dan cabaran Anwar ini adalah sangat bodoh dan bangang untuk sebarang tujuan, Datu Seri Najib tetap menyahut cabaran peliwat tegar itu demi membuktikan bahawa beliau adalah bersih, dan bebas dari sebarang fitnah mengenai Altantuya yang hebahkan pembangkang selama ini.

Najib sudah bersetuju menyerahkan DNAnya secara sukarela, Anwar pula bila lagi. Untuk pengetahuan Anwar, desakan untuk Najib menyerahkan DNAnya hanya dilakukan oleh Anwar seorang sahaja. Manakala desakan untuk Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak berkuasa pula adalah dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia dan pihak pendakwaraya yang inginkan keadilan dan kebenaran!

Mana keberanian Anwar untuk menyerahkan DNAnya? Mana perginya keberanian “lawan tetap lawan”? Lawan kepala hotak dia! Pada awal-awal lagi Anwar sudah lari masuk ke dalam Kedutaan Turki tanpa di undang, ingat lagi peristiwa pertama yang berlaku apabila Saiful Bukhari melaporkan kepada pihak polis mengenai kes liwatnya?

Sehingga kini, Anwar masih belum bermubahalah. Alasannya, “ulama Al-Azhar tak benarkan dia bermubahalah”? Kepala hotak dia lah! Sebenarnya, Yusuf Qardhawi tidak pun melarang Anwar bermubahalah sekiranya Anwar tidak memanipulasi cerita kepada ulama Al-Azhar itu. Penakut punya “Anugerah Tuhan”! Inikah “jantan” sebenar yang Azizah setia sangat tu?

Penulis fikir, pondan-pondan yang menjaja diri di lorong-lorong gelap lebih berani berbanding Anwar. Sekurang-kurangnya mereka tidak hipokrit dengan khalayak umum. Namun Anwar yang menjerit “lawan tetap lawan” secara tidak tentu hala itu ternyata tidak bertanggungjawab dengan “air mani”nya sendiri.

Sebenarnya, Anwar sudah kematian idea. Anwar sudah hampir dengan saat kejatuhannya. Sebagaimana pemimpin-pemimpin yang dijatuhkan di Mesir, Libya, Bahrain, Yaman dan sebagainya, Anwar juga akan turut jatuh dari terus mengemudi PKR dan pakatan pembangkang. Dia bakal dijatuhkan oleh orang-orangnya sendiri.

Melalui sumber dalaman, penulis mendapat berita bahawa sudah wujud gerakan secara sulit di dalam PKR bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum parti penipu itu. Menurut kumpulan itu, mereka terpaksa menjatuhkan Anwar kerana peliwat itu telah ternyata memburukkan reputasi dan kreadibiliti parti itu dengan pelbagai tindakan “gelap”nya yang melampau.

Pada penulis, biar apa pun yang berlaku kepada Anwar dan partinya, Anwar wajib menyerahkan DNAnya kepada pihak berkuasa untuk dipadankan dengan DNA lelaki Y. Bersalah atau tidak, kita nantikan kelak! Serahkan DNA Anwar!

++++++++Bestnya Nuar tu ... Handas sana handas sini org. minta hat dia , dia pul;ak yang hat org lain.... PM pulak tu

ZAID KENA UGUT PULAK DAH....


Saya baca berita Bernama yang melaporkan bahawa Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim pada Sabtu membuat laporan polis mendakwa diugut Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataannya menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel DNA tanpa perlu menunggu perintah mahkamah dalam perbicaraan kes liwat.
Zaid, yang diiringi beberapa penyokongnya, membuat laporan itu di Balai Polis Kota Baharu pada 9.36 pagi.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, beliau mendakwa laporan tersebut dibuat berikutan ugutan Karpal menerusi kenyataan di beberapa portal dan akhbar iaitu Malaysiakini, Malaysian Insider dan The Star.

"Saya mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa ugutan Karpal Singh ini mendatangkan satu ancaman yang sangat serius ke atas keselamatan saya, sekaligus menyebabkan saya berada dalam keadaan ketakutan, sedangkan nasihat saya kepada Anwar dibuat secara baik, malah turut dibuat pelbagai pihak lain.

"Perbuatan mengugut adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Saya meminta polis membuat siasatan ke atasnya dan meminta polis melindungi keselamatan saya," katanya.

Zaid juga berkata Anwar tidak perlu takut jika dia tidak bersalah.

"Pemimpin seperti Anwar ini cakap bergetar (lantang), oleh itu, saya hanya cadangkan beliau tidak berselindung dari segi teknikal," katanya.

++++++++++: Alahai, Zaid! Sebelum ini, Zulkifli Nordin berbuih-buih mulut menyeru bekas anak guamnya memberikan sampel DNA. Walhal sewaktu dia mewakili DSAI, apa respon dia terhadap desakan tersebut? Bukankah mereka tahu tujuan sampel DNA itu diminta? Reti kot

Yang boleh bikin orang gelak apabila Zaid, peguam ternama "rasa terancam dengan ugutan" bekas rakan yang berkerusi roda.Kesian die......... (Opps, maaf tuan Karpal)!