Pepatah

Kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet ikan janganlah kamu menjadi langau yang merosakan ikan

Search This Blog

Followers

Sunday, April 17, 2011

Tindakan yang Wajar

hiasan semata-mata



Perubahan drastik landskap politik sebagaimana keputusan PRN Sarawak yang terkini memerlukan BN mengkaji semula kaedah pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.

Sama ada kekal pada sistem kuota sekarang atau kerusi calon ditentukan mengikut majoriti kaum, kajian terperinci adalah sangat perlu dan mendesak.

Jika kaum Cina mengundi DAP, mereka akan kehilangan jawatan menteri atau timbalan menteri di peringkat kabinet. Dengan cara ini kaum Cina tidak akan ada suara di dalam Kerajaan secara langsung.

UMNO haruslah pandai menekan kaum Cina untuk menyokong Kerajaan dengan cara ini. Cara pujuk rayu dan umpan projek pembangunan sudah tidak berkesan lagi.
Kaum Cina dengan cara ini akan berfikir banyak kali utk menjaga kepentingan mereka kalau menyokong DAP.

Sekarang ini, ramai calon-calon MCA,Gerakan dan MIC diletakkan di kawasan majoriti Melayu yg pasti akan menyokong BN. Dengan itu kaum Cina tak risau tak ada wakil menteri atau timbalan menteri dlm Kerajaan BN.

Cubalah UMNO berfikir positif dan proaktif plak.
Dengan cara ini, insyallah, BN akan dapat menang dgn majoriti 2/3 dan kuasa UMNO akan lebih jelas dengan penambahan ahli parlimen dari UMNO. Orang melayu yang menyokong pakatan haram pasti akan buka mata dan berfikir kembali sokongan mereka jika UMNO sendiri mempunyai sekurang-kurangnya 100 orang wakil di Parlimen.

Letaklah calon-calon Melayu sahaja di kawasan-kawasan majoriti Melayu seperti Grik, Labis dan hampir 20 kawasan parlimen lain.

Apa makna memenangi hati rakan komponen tetapi mengecewakan harapan rakyat selaku pengundi terbanyak di situ? Majoriti kaum sesuatu kawasan adalah perlu diambil kira dalam proses pembahagian kerusi. Wajar juga kiranya mana parti komponen yang kalah pada PRU lepas diganti oleh calon dari parti komponen yang lain..@ wajar juga ianya di fokus kepada mejoriti ahli komponen dikawasan tersebut.... Banyak ahlinya yang mendaftar layak untuk parti itu yang bertanding. Namun KD rasa Dato seri Najib adalah seorang yang bijak dan kreatif ...

No comments: