Pepatah

Kalau tak mampu menjadi garam untuk mengawet ikan janganlah kamu menjadi langau yang merosakan ikan

Search This Blog

Followers

Friday, April 1, 2011

Dari mana mereka


Rakyat Sarawak, khususnya pengundi berdaftar, diseru supaya bangkit menentang BN. Temanya ialah, kononnya "rakyat akan hidup lebih selesa tanpa BN"

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Para pengundi Sarawak perlu bangkit menyanggah pemikiran lapuk dengan suatu persepsi baru bahawa tanpa BN rakyat akan hidup lebih selesa.
Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, keadilan dan kesejahteraan tidak mampu lagi ditegakkan di bawah rejim BN.
“Jangan ada peluang buat BN memerintah buat sekian kalinya, kerana puluhan tahun mereka hidup mendera rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Seruan Sdra Mohd Firdaus Jaafar selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda Pas Pusat, pasti akan menghadapi kesukaran.
Kesukaran ini bukan datangnya dari BN tetapi dari Gerombolan Pakatan Pembangkang sendiri. Kesukaran yang mereka sendiri tidak mampu hadapi apatah lagi untuk membuktikan Pakatan Gerombolan ini sesuai diterima oleh Rakyat Sarawak.

PAS
Parti Melayu Pas sudah dikenali oleh seluruh Rakyat Malaysia sebagai sebuah parti yang tidak ada kredibiliti, tidak konsisten, penuh dengan fantasi dan retorik serta mengamalkan fahaman khawarij tegar.
Rakyat Malaysia masih tidak dapat melupakan Tragedi Memali yang merupakan konspirasi Parti Pas untuk menumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyat yang sah.

Dalam peristiwa itu, 4 orang anggota polis yang tidak berdosa telah mereka bunuh manakala orang awam yang terpengaruh dengan ajaran sesat Ustaz Politik Pas yang bernama Ibrahim Libya turut cedera. Alhamdulillah ketua pengganas dalam konspirasi ini telah dapat dimusnahkan bersama pengikut-pengikut kanannya yang juga menjadi mangsa terpengaruh dengan ajaran sesat Ustaz Politik ini.
Pas yang mengamalkan Islam Khawarij, berjaya memecahbelahkan umat Islam, mewujudkan solat dua imam, mengkafirkan umat islam yang tidak menyokong mereka dan merasuah pengundi dengan balasan syurga, tetapi Pas gagal mendapat sokongan rakyat.
Pas gagal dengan slogan kerajaan Islam, hukum hudud dan mengkafirkan UMNO yang dituduh mengamalkan asobiah kerana membela bangsa Melayu.
Akhirnya Pas mengumumkan pengguguran retorik negara islam dan hukum hudud lalu mengistiharkan pula sebagai pembela bangsa Melayu dan bermain pula slogan "Pas ganti UMNO" .

Rakyat di Semenanjung Malaysia sudah muak dan sedang menolak Parti Melayu Khawarij ini apabila samakin terbukti menjadi haiwan politik peliharaan DAP yang sanggup menggadai kesucian agamanya sendiri.

PKR
Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang ditubuhkan khusus untuk memberi kepuasan kepada nafsu amarah Nuar Berahim yang gagal dalam konspirasinya untuk memegang tampuk pemerintahan negara.
Setelah berjaya menyingkirkan Allahyarham Tun Ghafar Baba, Nuar Berahim semakin yakin cita-citanya akan tercapai dan terus mencatur kekuatan dalam organisasi UMNO. Dengan kedudukan yang tinggi dalam parti dan kerajaan dia mengaturkan para sahabat dan kroninya menduduki jawatan dalam UMNO Bahagian, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian dan Jabatan Kerajaan, syarikat-syarikat dan konglomerat, malah apa sahaja institusi yang berkaitan dengan ekonomi dan sosial negara.

Semasa berada hampir di puncak kuasa, Nuar Berahim lupa diri. Menjadikan dirinya semakin ego, beransur zalim dengan pihak yang tidak disukainya, dan memulakan konspirasi untuk memusnahkan individu yang dirasakan menghalang cita-citanya.

Bagaimanapun Allah lebih berkuasa dan maha mengetahui.
"Wamakaru wamakarallah, wallahu khairulmakirin” - Ali Imran 54

Nuar berahim merancang, Allah juga merancang. Tetapi terbukti Allah jua sebaik-baik perancang.
Rakyat tidak akan melupakan bagaimana Nuar Berahim menjadikan kes liwat dan salahguna kuasa pada sekitar akhir tahun 1990-an sebagai alat politik peribadinya. Dia mengajak rakyat bersamanya turun ke jalanraya berdemonstrasi dengan menamakan perbuatan khianatnya itu sebagai "reformasi".

Kemuncaknya PKR tewas teruk pada PRU 2004 di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir.
Nuar Berahim hanya bernafas semula di bawah kepimpinan Pak Lah sehingga berjaya menambah kerusi parlimen dan BN kehilangan 5 buah negeri tetapi rakyat memulangkan semula negeri Perak dari tangan DAP.
Rakyat tidak akan melupakan temberang Nuar Berahim mengenai Kerajaan Rakyat ke Purajaya 16 September 2008. Rakyat juga tidak akan melupakan hakikat Nuar Berahim mencipta masalah liwat kedua sehingga sekarang ini masih belum selesai.
Kini berhadapan pula dengan kemungkinan dirinya disabitkan dengan video seks yang baru sahaja didedahkan.
Nuar Berahim merancang mengambil kerusi Presiden UMNO, Perancangan Allah adalah benar, kerusi Sungai Buloh yang diperolehi.
Nuar Berahim merancang melantik Saiful sebagai pembantu membancuh kopi dan membawa Saiful ke Hong Kong dan Singapura bersamanya, perancangan Allah adalah benar, kes mahkamah yang dihadapinya.
Nuar Berahim merancang menawan Putrajaya pada 16 September dan bersekongkol menubuhkan Gerombolan bersama Pas dan DAP, perancangan Allah adalah benar, video seks didedahkan dan jam tangan omega hilang dari pergelangan tangannya.
Apapun, PKR adalah parti keluarga Nuar Berahim dimana dia adalah Penasihat, Isterinya Presiden dan anaknya Naib Presiden. Perancangan Allah adalah benar, parti ini semakin ditinggalkan dan dijauhi orang.

DAP
DAP adalah parti berasaskan kaum China. Di Perak Ngeh Ko Ham adalah anak saudara Chin Peng, Pengerusi Parti Komunis Malaya yang banyak membunuh Askar Melayu Diraja dan orang awam semasa zaman dharurat dahulu.


Hari ini matlamat mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memusnahkan Perlembagaan Persekutuan dan menggantikannya dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia ciptaan China DAP.
Seluruh Rakyat Malaysia menyedari bagaimana DAP menggunakan Parti Melayu Pas untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam dan menggunakan Nuar Berahim memporakperandakan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara kita.
DAP tidak pernah berundur walau setapakpun dari matlamatnya menumbangkan kuasa politik Melayu-Pribumi dan menghancyrkan perpaduan umat Islam.
Antara wajah sebenar DAP yang dapat diungkapkan di sini termasuklah:
1) DAP sudah bersatu dengan sekutu - sekutunya iaitu PAS dan PKR untuk memerintah Malaysia. Mereka melihat inilah masa terbaikuntuk berkuasa ketika orang Melayu berpecah kepada pelbagai parti. Mereka amat perlukan undi orang Melayu untuk mencapai cita-cita tersebut. DAP MAHU KUASAI PUTRAJAYA.
2) Lihat Manifesto DAP dalam Pilihanraya 2008. Mesej tersirat mereka adalah untuk mengajak semua orang Cina bersatu. Mereka tulis "Hanya DAP yang kuat dapat melakukan semua ini", itu bukan maksudnya. Maksud sebenar adalah "HANYA CINA YANG KUAT DAPAT MELAKUKAN SEMUA INI". Apakah orang Melayu masih tidak sedar lagi?
3) Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair ( MP Bangsar pada waktu itu ) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia.
4) DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malannya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan kententeraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930.
5) Pada Oktober 1967, DAP menjadi ahli kepada Socialist International, satu pertubuhan sosialis dan komunis antarabangsa. Salah seorang Naib Presiden Socialist International adalah Ehud Barak (Bekas Perdana Menteri Israel). DAP bukanlah demokratik, ideologi DAP sama seperti Parti Buruh di Israel. Dari sinilah Lim Guan Eng meniru konsep "Middle Malaysia" dari konsep "Middle Israel".
Baca seterusnya dari Blog sahabat yuseriyusoff.blogspot.com

No comments: