

banayak bendera di pasang di Kubu Gajah dan di Larut.. OK la tu bendera UMNO sempena hari jadi UMNO yang ke 65 tahniah tukang pasang ... Penaik semangat anak bangsa teruskan perjuangan
HIDUP UMNO
Perak.





hiasan semata-mata


SI TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI | UMUR | LAMA MENJADI WAKIL RAKYAT/ MENCEBURI POLITIK |
LIM KIT SIANG | 70 TAHUN | 42 TAHUN |
KARPAL SINGH | 71 TAHUN | 37 TAHUN |
HADI AWANG | 64 TAHUN | 29 TAHUN |
NIK AZIZ | 80 TAHUN | 44 TAHUN |
ANWAR IBRAHIM | 63 TAHUN | 30 TAHUN |






PUTRAJAYA, – Buku Jingga “karangan” pakatan pembangkang bukan untuk rakyat Sarawak kerana ia tidak sesuai dengan kehendak dan citarasa rakyat negeri itu, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
“Untuk bawa ke Sarawak sudah agak terlewat di mana ia seperti tiada kaitan langsung,” kata Menteri Dalam Negeri itu kepada media ketika ditanya penerimaan Buku Jingga itu di Sarawak.
“Kita di dalam kerajaan telah pun melihat kepada isu-isu yang dibangkitkan seperti hak milik tanah, pembangunan luar bandar juga keperluan asas elektrik dan air. Ini semua telah kita laksanakan dan bukan semata-mata janji,” katanya.
Katanya Buku Jingga ini menunjukkan perbezaan antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) di mana mereka melakukan sesuatu kerana mengambil kesempatan suasana pilihanraya.
Pakatan pembangkang mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.
Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam pakatan itu dikeluarkan pada Disember lalu dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka.
“Kita konsisten dalam tindakan kita dari dulu lagi khususnya dalam memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak. Ia bukan kerana ada pilihan raya tetapi kerana di sana ramai memerlukan pembelaan,” katanya.
“Saya mahu ingatkan mereka yang buat janji di dalam Buku Jingga bahawa janji mereka sebelum pilihan raya dulu dalam negeri yang mereka perintah kini masih lagi belum mereka tunaikan.”
“Ini lagi mahu buat janji baru,” kata Hishammuddin yang ditemui selepas Penerimaan Petisyen Berkaitan Ratifikasi “Protokol Pilihan kepada konvensyen mengenai hak kanak-kanak, penjualan kanak-kanak, pelacuran dan pornografi kanak-kanak”, di sini hari ini.
Hishammuddin turut meminta orang ramai agar meneliti sedalam-dalamnya janji-janji yang dibuat di dalam Buku Jingga itu dan “tengoklah siapa yang sebenarnya telah mengotakan apa yang dijanjikan.”
KITA IBARATKAN BUKU 'JINGGA' PAKATAN RAKYAT INI SEBAGAI SEBUAH KOMIK CERITA DONGENG DI ZAMAN DULU-DULU. SESUAI DIBACA OLEH KANAK-KANAK SEKOLAH. HEHEHEHEHE - IBM
Anwar sebelum ini mempersoalkan mengapa perlu dia menyerahkan DNAnya kepada pihak berkuasa, sedangkan DNA Datuk Seri Najib tidak pun diminta untuk dipadankan dengan DNA pada kes Altantuya. Anwar dengan bodohnya mencabar agar Perdana Menteri menyerahkan DNAnya untuk disiasat pihak berkuasa.
Meskipun tahu bahawa permintaan dan cabaran Anwar ini adalah sangat bodoh dan bangang untuk sebarang tujuan, Datu Seri Najib tetap menyahut cabaran peliwat tegar itu demi membuktikan bahawa beliau adalah bersih, dan bebas dari sebarang fitnah mengenai Altantuya yang hebahkan pembangkang selama ini.
Najib sudah bersetuju menyerahkan DNAnya secara sukarela, Anwar pula bila lagi. Untuk pengetahuan Anwar, desakan untuk Najib menyerahkan DNAnya hanya dilakukan oleh Anwar seorang sahaja. Manakala desakan untuk Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak berkuasa pula adalah dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia dan pihak pendakwaraya yang inginkan keadilan dan kebenaran!
Mana keberanian Anwar untuk menyerahkan DNAnya? Mana perginya keberanian “lawan tetap lawan”? Lawan kepala hotak dia! Pada awal-awal lagi Anwar sudah lari masuk ke dalam Kedutaan Turki tanpa di undang, ingat lagi peristiwa pertama yang berlaku apabila Saiful Bukhari melaporkan kepada pihak polis mengenai kes liwatnya?
Sehingga kini, Anwar masih belum bermubahalah. Alasannya, “ulama Al-Azhar tak benarkan dia bermubahalah”? Kepala hotak dia lah! Sebenarnya, Yusuf Qardhawi tidak pun melarang Anwar bermubahalah sekiranya Anwar tidak memanipulasi cerita kepada ulama Al-Azhar itu. Penakut punya “Anugerah Tuhan”! Inikah “jantan” sebenar yang Azizah setia sangat tu?
Penulis fikir, pondan-pondan yang menjaja diri di lorong-lorong gelap lebih berani berbanding Anwar. Sekurang-kurangnya mereka tidak hipokrit dengan khalayak umum. Namun Anwar yang menjerit “lawan tetap lawan” secara tidak tentu hala itu ternyata tidak bertanggungjawab dengan “air mani”nya sendiri.
Sebenarnya, Anwar sudah kematian idea. Anwar sudah hampir dengan saat kejatuhannya. Sebagaimana pemimpin-pemimpin yang dijatuhkan di Mesir, Libya, Bahrain, Yaman dan sebagainya, Anwar juga akan turut jatuh dari terus mengemudi PKR dan pakatan pembangkang. Dia bakal dijatuhkan oleh orang-orangnya sendiri.
Melalui sumber dalaman, penulis mendapat berita bahawa sudah wujud gerakan secara sulit di dalam PKR bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum parti penipu itu. Menurut kumpulan itu, mereka terpaksa menjatuhkan Anwar kerana peliwat itu telah ternyata memburukkan reputasi dan kreadibiliti parti itu dengan pelbagai tindakan “gelap”nya yang melampau.
Pada penulis, biar apa pun yang berlaku kepada Anwar dan partinya, Anwar wajib menyerahkan DNAnya kepada pihak berkuasa untuk dipadankan dengan DNA lelaki Y. Bersalah atau tidak, kita nantikan kelak! Serahkan DNA Anwar!
++++++++Bestnya Nuar tu ... Handas sana handas sini org. minta hat dia , dia pul;ak yang hat org lain.... PM pulak tu